Page 7 - Bahaya Fitnah
P. 7
04
C I R I - C I R I
F I T N A H D A L A M
K O N T E K S
S E M A S A
Pada hari ini, fitnah berleluasa dengan cara
yang lebih mudah berbanding pada masa
lampau. Hal ini
kerana, perkembangan teknologi yang
semakin rancak menjadikan amalan fitnah
ini semakin mudah
tersebar. Fitnah berlaku dalam dua
keadaan:
Pertama, apabila seseorang mengada-
adakan suatu berita mengenai seseorang
lalu menyebarkannya
kepada orang lain dengan tujuan untuk
memburuk-burukkan atau menjatuhkan
maruah orang tersebut.
Kedua, apabila seseorang menerima berita mengenai
seseorang tanpa menyelidiki kesahihannya lalu
menyebarkannya kepada orang lain sama ada dengan niat
untuk memburuk-burukkan atau tidak.