Page 4 - SOALAN LAZIM - PINJAMAN PERUMAHAN
P. 4
2 Adakah pemohon boleh melantik peguam selain daripada peguam
panel KWSP?
Boleh, sekiranya yuran penyediaan Perjanjian Jual Beli (Sale & Purchase Agreement)
& Perjanjian Pinjaman dibiayai sepenuhnya oleh penjual/pemaju
3 Siapakah peguam panel yang telah dilantik oleh KWSP?
Pemohon boleh merujuk senarai peguam panel
yang telah dilantik oleh KWSP di Infoklik Klik untuk senarai
PEGUAM PANEL
4 Adakah pemohon boleh membuat pinjaman perumahan kali kedua?
Pemohon boleh membuat pinjaman kali kedua sekiranya memenuhi syarat-syarat
seperti berikut:
a) Pinjaman pertama telah diselesaikan ATAU;
b) Pinjaman pertama perlu berbaki 1/3
c) Memohon jumlah baki kelayakan mengikut gred sahaja, pemohon boleh rujuk
kalkulator pinjaman kali kedua di infoklik
*(Sila semak anggaran jumlah kelayakan dengan Loan Unit, PMD sewaktu pinjaman ingin dibuat)
5 Bolehkah pemohon boleh membeli rumah yang tidak mempunyai
suratan hakmilik/geran?
Boleh, sekiranya tanah tersebut dimiliki dan dimajukan oleh hanya Kerajaan Negeri
6 Adakah pemohon boleh membeli tanah kategori pertanian?
Boleh, tertakluk kepada kategori berikut:
Lebih 1 ekar Kurang 1 ekar
Dibenarkan Perlu mendapatkan pengesahan
peguam/Pejabat Tanah dan Galian
7 Adakah pemohon boleh membeli rumah yang masih digadaikan atau
berhutang dengan mana-mana institusi kewangan?
Boleh, pemohon perlu mengemukakan penyata baki hutang daripada institusi
kewangan tersebut
8 Adakah pemohon boleh membuat pinjaman untuk membina rumah atas
tanah yang dimiliki oleh pasangan?
Boleh, sekiranya hakmilik tanah adalah di atas nama pasangan dan pemohon.
Pemohon hanya dibenarkan untuk memilih Skim Konvensional
PEOPLE BENEFITS | PEOPLE MATTERS DEPARTMENT