Page 5 - SOALAN LAZIM - PINJAMAN PERUMAHAN
P. 5

9     Adakah pinjaman bersama pasangan dibenarkan?
                 Boleh, bagi:


                  a) Pasangan pemohon merupakan Penjawat Awam
                 b) Pinjaman tersebut mestilah daripada Lembaga Pinjaman Perumahan Sektor
                    Awam (LPPSA) atau mana-mana Institusi Kewangan yang bersetuju menjadi
                    pemegang gadaian kedua




          10     Adakah takaful kebakaran dan gadaijanji boleh diambil daripada
                 syarikat insurans lain?
                 Tidak. Takaful kebakaran dan gadaijanji mestilah diambil daripada panel insurans
                 KWSP yang ditawarkan bersama-sama dengan pinjaman perumahan




          11     Adakah nama selain nama pemohon atau pasangan dibenarkan untuk
                 diletakkan sebagai nama pembeli di dalam S&P bagi pembelian harta
                 menggunakan pinjaman perumahan?
                 Tidak, hanya nama pemohon atau nama pemohon dan pasangan yang dibenarkan
                 di dalam S&P



          12     Adakah pinjaman ubah suai boleh dibuat sekiranya rumah tersebut

                 dibeli melalui pinjaman daripada institusi kewangan lain?
                 Tidak boleh




          13     Adakah pinjaman untuk membeli harta pasangan dibenarkan?
                 Boleh, sekiranya nama pemohon tiada di dalam suratan hakmilik/geran tersebut




          14     Adakah rumah boleh dibina di atas tanah yang mempunyai hakmilik
                 kongsi?
                 Tidak boleh




          15     Adakah pemohon boleh membeli sebahagian tanah daripada keluasan
                 asal seperti yang tercatat di dalam suratan hakmilik/geran?
                 Tidak boleh


          16     Adakah pemohon boleh membuat pembelian rumah 'landed' yang telah
                 siap tetapi masih belum mempunyai hakmilik individu?


                 a)  Pembelian daripada Pemaju - Boleh
                 b)  Pembelian daripada orang perseorangan - Tidak boleh






                                                               PEOPLE BENEFITS | PEOPLE MATTERS DEPARTMENT
   1   2   3   4   5   6   7