Page 3 - majalah aida
P. 3

APA ITU



                HIBURAN MELAMPAU?






        Hiburan  merupakan  persembahan  atau  kegiatan  yang  direka
        bentuk  untuk  memberi  nikmat  kepada  penonton,  contohnya  untuk

        permainan  computer,  “penonton”  mungkin  hanya  seorang  sahaja.
        Para  penonton  boleh  menyertai  hiburan  secara  pasif,  umpamanya
        menonton  opera  atau  secara  aktif  seperti  dalam  permainan
        computer.  Industry  yang  membekalkan  hiburan  digelarkan

        industry  hiburan.Pada  umumnya,  bermain  dan  membaca  serta
        penghargaan seni tidak dianggap sebagai hiburan tetapi tergolong
        dalam  rekreasi  kerana  hiburan  biasanya  memerlukan  pembekal
        persembahan  dilihat  oleh  penonton,  kecuali  dalam  permainan
        computer.Pada  dasarnya,  Islam  mengharuskan  hiburan  kerana

        hiburan  menjadi  sebahagian  daripada  fitrah  kehidupan  manusia.
        Hal  ini  berdasarkan  kepada  hadis  Rasulullah  SAW  yang
        diriwayatkan daripada Aisyah r.a. yang bermaksud:



                “Sesungguhnya Abu Bakar masuk kepadaku, sedang di sampingku ada dua gadis
               hamba daripada orang Ansar sedang menyanyi dengan nyanyian yang dinyanyikan

               oleh orang Ansar pada hari peperangan Bu’ath. Aku berkata, kedua-dua orang ini

               bukanlah penyanyi. Abu Bakar berkata, adakah di rumah nabi ini terdapat serunai

               syaitan? Sedangkan pada hari ini adalah hari raya aidilfitri. Rasulullah bersabda,

               wahai Abu Bakar, sesungguhnya setiap kamu ada hari rayanya akan adalah hari raya
               kita.”






















                                                                                                                  3
   1   2   3   4   5   6   7   8