Page 7 - majalah aida
P. 7

Himpunan Belia saji hiburan melampau, ketepi

                                                  kerohanian









       KUALA   LUMPUR   28   Mei:   Gabungan   Mahasiswa   Islam   SeMalaysia   (Gamis)
       kesal  dan  kecewa  kerana  Himpunan  Belia  ‘menyajikan’  lebih  banyak  hiburan
       berbanding   program   keilmuan   dan   kerohanian.Presiden   Gamis,   Akram
       Ikrami  Taib  Azamudden  berkata,  program  hiburan  melampau  bukan  sekadar
       menghilangkan   nilai-nilai   ketimuran,   malah   mencalarkan   imej   Islam   yang
       sudah lama terpahat di Malaysia.

       “Belia   wajar   digilap   dari   sudut   keilmuan   dan   kerohanian   supaya
       perkembangan  belia  seimbang.“Projek  membangunkan  belia  perlu  melalui
       kebajikan   seperti   pendidikan   percuma,   prasarana   sukan   dan   kebudayaan
       yang  lengkap  bagi  di  kawasan  pedalaman.“Institusi  belia  yang  efektif  juga
       perlu   diwujudkan   bagi   mengurangkan   pengangguran   dan   membantu
       ekonomi belia,” katanya dalam satu kenyataan.

       Menurut  Akram,  dalam  keghairahan  kerajaan  membangunkan  belia,  mereka
       terlupa   perkara   asas   yang   menjadi   tonggak   iaitu   kerohanian.Akram
       berkata,   kerajaan   terpesong   dari   matlamat   asal   untuk   membangunkan
       konsep wasatiyyah.

       “Wasatiyyah   bukannya   bermaksud   mengambil   separuh   yang   baik   lalu
       dicampur   dengan   separuh   yang   buruk.“Kesilapan   memahami   konsep   ini
       mencemarkan    pandangan   masyarakat   terhadap   Islam,   apatah   lagi
       menggunakan   Islam   untuk   mencantikkan   yang   buruk,”   katanya.Himpunan
       Belia  di  Putrajaya  hujung  minggu  lalu  menyaksikan  pelbagai  acara  hiburan
       disajikan kepada pengunjung.

                                    M  A L  A K     E  L     H A  L A  B  I



































                                                                                                                    7
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12