Page 5 - Pixelate JTMK
P. 5
PROGRAM/AKTIVITI
Pra Bengkel
Penstrukturan Semula Digital ICT Universiti
18 Januari 2024 [ Khamis ]
Smart Space, JTMK.
Jabatan Teknologi Maklumat Dan Ko-
munikasi, Universiti Malaysia Sabah,
telah mengadakan Pra-Bengkel Pen-
strukturan semula Digital ICT Universiti,
ianya dalam usaha mengoptimumkan
infrastruktur dan infostruktur teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT) di UMS.
Inisiatif ini bertujuan untuk meningkat-
kan kecekapan, keberkesanan, dan
kebolehcapaian dalam era digital yang
sentiasa berkembang.
Matlamat Pra-Bengkel Penstrukturan
semula Digital ICT Universiti ini adalah
mengenal pasti keperluan, kelemahan,
dan peluang dalam aspek digital ICT uni-
versiti, dan merangka langkah-langkah
penstrukturan strategik dalam mening-
katkan landskap teknologi universiti.
Pra-Bengkel ini telah di sertai oleh Profes-
sor Dr. Awang Asri Hj. Ag. Ibrahim - Cheif
Digital Officer (CDO) merangkap Pengar-
ah Jabatan Teknologi Maklumat & Komu-
nikasi, Ts. Effendy Hadis (Timbalan Penga-
rah Infrastruktur & Keselamatan ICT), Encik
Thomas George Timin (Timbalan Pengar-
ah Infostruktur dan Solusi Masa Hadapan),
serta ketua-ketua sektor dan ketua-ketua
seksyen JTMK.
Beberapa agenda telah dibincangkan
antaranya ialah :- 1. Penilaian Keperluan
Asas dan Perubahan Semasa Teknologi,
2. Pembentukan Pelan Penstrukturan
Semula, 3. Pengenalan Teknologi Terkini
dalam Pembelajaran dan Pengajaran.
Pra-Bengkel ini menandakan langkah
pertama ke arah transformasi digital
yang lebih besar dalam mewujudkan
sebuah universiti yang proaktif dan rele-
van dalam era teknologi maklumat yang
pesat.
Enabling The Future Today 2