Page 13 - Ebook Moral 2.0
P. 13

C A D A N G A N



              03
                      PEMANTUAN

             Ibu bapa amatlah penting memainkan peranan dalam melaksanakan pemantuan terhadap aktiviti yang
             dilakukan oleh anak-anak. Antaranya ialah membataskan atau mengurangkan masa penggunaan media
             sosial mengikut kesesuaian. Selain itu, ibu bapa seharusnya lebih tegas iaitu menetapkan peraturan yang
             jelas didalam rumah. Ibu bapa hendakla memantau kandungan bahan yang diakses dan aktiviti pelajar di
             media sosial. Tambahan pula pentingnya ibu bapa melaksanakan pemantuan akan komuniti maya remaja
             di media sosial. Akhir sekali, menjadi rakan mereka di media sosial untuk memudahkan lagi pemantuan
             akan sesuatu yang mereka kongsi di media sosial. Pihak sekolah pula seharusnya menunjukkan garis
             panduan penggunaan media sosial dari sekolah rendah. Dengan ini, pelajar dapat mengelakkan diri
             daripada terlalu lalai dan tidak terpengaruh dengan isu semasa.


                                         04

                                                PEMBANGUNAN BELIA POSITIF

                                    Menggalakkan remaja membina jenama dan membangunkan perniagaan
                                    mereka melalui media sosial. Mempromosikan gaya hidup sihat kepada remaja.
                                    Memberi bimbingan dan mentransformasikan pelajar daripada pengguna tegar
                                    kepada penyedia aplikasi media sosial. Menganjurkan pertandingan-
                                    pertandingan yang membina di laman sosial seperti pertandingan memasak,
                                    menulis puisi, bersajak dan banyak lagi. Menggalakan pelajar menyerlahkan
                                    bakat mereka seperti menyanyi, melukis, menjahit dan sebagainya. Dengan ini,
                                    pelajar membangunkan potensi dan meningkatkan keyakina diri melalui media
                                    sosial.Melindungi karya dan hak cipta remaja di media sosial. Membentuk
                                    kumpulan sokongan yang membina dan pasukan mentor di ruang maya yang
                                    berwibawa untuk memperkasa pelajar.
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18