Page 7 - Ebook Moral 2.0
P. 7
KESAN
PAGE 05
Dengan adanya berita mahupun iklan seperti
“Cara-cara menjana pendapatan dikalangan
pelajar” di media sosial dapat menarik minat
mereka untuk bedikari dan berusaha dalam
menjana pendapatan dengan sendirinya. Oleh
itu, ramai remaja yang mencari kerja secara
online untuk membayar kos yang ditanggung
mereka, terutama yang tiada kenderaan dan
perlu menggunakan kenderaan awam setiap
hari dan mereka yang tinggal di asrama yang
mana memerlukan kos yang mencukupi.
Selagi mana tidak mengganggu pelajaran
mereka, kebaikan mencari pekerjaan untuk
menampung perbelanjaan melebihi dari
keburukan.
Sebagai contoh, dengan mencari pekerjaan
akan mengajar remaja untuk menguruskan
duit dari usia mereka muda lagi. Remaja akan
belajar asas-asas tentang menyimpan wang,
bajet untuk membeli sesuatu yang diingini atau
sesuatu yang diperlukan dan belajar untuk
membuka akaun bank.
Selain itu, mereka juga akan belajar tentang
kemahiran bercakap terutama jika mereka
percaya mereka patut dinaikkan gaji dalam
organisasi tersebut, kerja selepas tamat
persekolahan merupakan satu perkara yang
baik tetapi perlulah dipantau oleh ibu bapa.
Jika remaja mempunyai minat untuk mencari
kerja, terdapat banyak cara untuk memupuk
mereka untuk melakukan kerja part time.
Walaupun mereka tidak menjumpai kerja-kerja
yang tradisional seperti pelayan di kedai makan
atau mempunyai isu kenderaan. Sebenarnya
terdapat banyak kerja-kerja online yang mereka
boleh pilih untuk berkerja. Contohnya ialah
menjual barang seperti baju, makanan, buku
dan banyak lagi secara online. Tambahan pula,
ini dapat mengajar pelajar untuk berusaha
dalam mencari wang sendiri