Page 3 - MANUAL FILMORA 2023_Neat
P. 3
• Selepas proses penyuntingan video selesai, pengguna boleh mengeksport video dalam
pelbagai pilihan yang tersedia dalam Filmora seperti menetapkan format fail, kadar
bingkai, resolusi video dan kadar bit. Selain itu pengguna juga boleh memilih jenis
kualiti video dengan serta merta mengikut peranti yang pengguna mahukan. Contoh
seperti Youtube, telefon pintar, tv dan lain-lain.
• Pengguna boleh mendapatkan pelbagai tutorial penyuntingan video melalui saluran
Filmora rasmi di platform Youtube. Dalam saluran ini terdapat pelbagai cara untuk
menambah elemen atau peralihan ke tahap tinggi seperti green screen dan penggredan
warna. Selain itu terdapat juga cara menggunakan kesan tertentu sebagai panduan
pengguna dalam menggunakan aplikasi ini.
• Aplikasi ini juga memudahkan para guru untuk menyunting video dalam pdpr.
3 | P a g e