Page 8 - MANUAL FILMORA 2023_Neat
P. 8
d) Memadam Klip daripada Timeline
Untuk memadam single video klip atau apa-apa media yang berada di timeline, anda boleh
menggunakan cara berikut:
1. Right click pada media di timeline tersebut dan pilih Delete atau
2. Pilih klip di timeline dan tekan ikon di toolbar atau
3. Pilih klip dan tekan butang Delete di keyboard anda.
Jika ingin memadam pelbagai klip, tekan butang ctrl, dan pilih beberapa video klip yang tidak
diperlukan. Jika anda telah selesai memilih, lepaskan butang ctrl dan tekan delete.
Ripple Delete
Kadangkala, apabila mengalih keluar atau memadamkan klip video menggunakan kaedah di atas
akan meninggalkan jurang yang besar dalam timeline. Untuk mengelakkan jurang tersebut, anda
boleh menggunakan ciri Ripple Delete.
8 | P a g e