Page 18 - BULETIN KUMPULAN 1- PENDIDIKAN
P. 18

KUNJUNGAN KETUA PENGARAH PELAJARAN

                                                 MALAYSIA KE

                       KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN




                 6 Ogos 2020- Bahagian Matrikulasi amat berbesar hati di atas kunjungan YBhg. Dr Habibah binti
                  Abdul Rahim, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia ke sesi pendaftaran pelajar-pelajar baharu
                                   ambilan 2020/2021 di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan.

                Beliau telah meluangkan masa meninjau proses pendaftaran pelajar dan melawat fasiliti di Kolej
                     seperti bilik kuliah, asrama, makmal, surau dan persekitaran kolej secara menyeluruh.

                  YBhg Dr. Habibah juga berkesempatan berjumpa dengan ibubapa yang membawa anak-anak
                   mereka untuk sesi pendaftaran masuk ke Kolej Matrikulasi. Rata-rata ibubapa berpuas hati
                                   dengan proses pendaftaran kemasukan anak-anak mereka.
                Turut sama dalam lawatan tersebut ialah YBrs. Tuan Haji Mohd Kassim bin Haji Jaafar, Timbalan
                 Pengarah Sektor Pembangunan Pelajar Bahagian Matrikulasi, serta pengarah Kolej Matrikulasi
                                      Negeri Sembilan YBrs. Mohamed Salleh bin Ahmad.

                  Tahniah dan syabas diucapkan kepada warga Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan yang berjaya
                     memastikan proses pendaftaran berjalan lancar dan mematuhi SOP yang dikuat kuasa.
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23