Page 19 - BULETIN KUMPULAN 1- PENDIDIKAN
P. 19
AYUH KIBAR JALUR GEMILANG !
Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang
2020 Peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia
Bersempena Bulan Kebangsaan Negara yang disambut pada bulan Ogos , rakyat diseru agar
mengibar Jalur Gemilang.
Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2020 yang dilancarkan oleh YAB
Perdana Menteri pagi ini turut disambut meriah di peringkat Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Pelancaran disempurnakan oleh YBhg. Datuk Yusran Shah bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Malaysia. Turut hadir YBhg. Dato’ Azizan Bin Mohamad Sidin,
Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembangunan), YBhg. Dato’ Kamel bin
Mohamad, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) dan YBrs. Dr. Ahmad Rafee Che Kassim,
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Pembangunan dan Profesionalisme
Keguruan).
Tujuan utama pelancaran ini diadakan adalah supaya dapat menyemarakkan lagi semangat
patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia amnya dan warga kerja KPM khususnya.
YBhg. Datuk Yusran turut melancarkan papan tanda khas peringkat Kementerian Pendidikan
bagi warga kerja menzahirkan kata-kata semangat patriotisme.