Page 12 - E-MAJALAH STRES PEMICU KEMUDARATAN
P. 12
S
tres adalah tindak balas emosi, fizikal dan
mental akibat perubahan dalam sesuatu keadaan
yang berlaku dalam kehidupan harian manusia.
Stres merangkumi beban, tekanan, kebimbangan,
keletihan, konflik, panik, kemurungan dan tidak
bermaya.
Secara umumnya, stres terbahagi kepada stres
jangka pendek dan stres jangka panjang.
Stres jangka pendek merupakan tindak balas
spontan tubuh badan terhadap apa-apa situasi
yang mencabar, bahaya atau menakutkan. Tahap
stres biasanya bergantung kepada beberapa
faktor seperti tempoh stres yang dialami dan
bagaimana individu tersebut menangani stres
tersebut. Stres jangka panjang pula selalunya
dialami oleh mereka yang menghidapi stres yang berpanjangan. Stres
seperti ini selalunya disebabkan oleh penyakit berbahaya atau masalah
yang berpanjangan.
Punca utama stres seringkali dikaitkan dengan masalah kehidupan yang
terjadi seperti masalah peribadi, masalah di tempat kerja dan lain-lain.
Bahayanya stres ini ia bukan sahaja boleh menjejaskan kualiti kehidupan
kita, malahan orang sekeliling seperti keluarga dan kawan rapat kita juga
boleh terkena tempiasnya.
Stres jika tidak ditangani dengan betul boleh menyebabkan pelbagai jenis
penyakit dan memberi kesan buruk terhadap tubuh badan kita. Kita sering
memandang ringan tentang stres namun tahukah anda ada jenis penyakit
yang boleh disebabkan oleh stres hingga membawa maut?
7