Page 19 - KUMPULAN 4 STRES PEMICU KEMUDARATAN
P. 19
Stres merupakan fitrah dalam kehidupan manusia. Setiap
individu berpotensi untuk menghadapi stres serta
kebanyakan orang akan berasa tertekan pada masa tertentu.
Stres yang dialami oleh seseorang individu merupakan
tindak balas daripada ketidakupayaan seseorang menangani
masalah yang sedang dihadapi. Sekiranya tekanan atau
stress ini tidak ditangani, akan memudaratkan individu
tersebut baik daripada aspek fizikal, mental, emosi
mahupun aktiviti sosial mereka.Kegagalan mengawal stres
boleh mendatangkan kesan yang buruk kepada seseorang
individu seperti mengalami masalah kesihatan mental
(depresi) yang boleh menjurus kepada berlakunya sesuatu
yang tidak diingini seperti bunuh diri. Walau
bagaimanapun, tekanan boleh diatasi menerusi pengurusan
yang efektif bagi membentuk kekuatan diri dari segi
mental, emosi, rohani, fizikal, motivasi, nilai sahsiah dan
semangat seseorang individu sebagaimana acuan yang
dikehendaki oleh agama dan negara. Oleh yang demikian,
yakinlah setiap masalah ada jalan penyelesaian dengan
syarat tabah meghadapi segala ujian. Di sebalik ketabahan
menghadapi tekanan itu, individu tersebut masih
memerlukan insan lain untuk menghadapinya dengan lebih
rasional seperti ibu bapa sebagai sumber sokongan untuk
menghadapi stres. Sesungguhnya, dengan ketabahan dan
keimanan yang kukuh dapat membantu menghadapi semua
tekanan dengan mudah.
SUMBER RUJUKAN :
http://www.myhealth.gov.my/cara-mengawal-stres/
https://muftiwp.gov.my/artikel/bayan-linnas/1124-bayan-
linnas-siri-74-tekanan-hidup-yang-membawa-bunuh-diri-
hukum-dan-penyelesaiannya
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/02/653217/siasat
-dakwaan-pelajar-bunuh-diri-akibat-tekanan-di-sekolah
14