Page 3 - BUKU PROGRAM KONVOKESYEN KVPD 2021
P. 3
Encik Abdul Razak bin Ismail
Pengarah Kolej Vokasional Port Dickson
SALAM SEJAHTERA
Segala puji-pujian hanya bagi Allah S.W.T. Selawat dan salam ke atas junjungan
besar Nabi Muhammad SAW juga ahli keluarga dan keturunan baginda sekalian.
Sekalung Tahniah diucapkan buat para graduan yang diraikan dalam Majlis
Konvokesyen Kolej Vokasional Port Dickson kali ke-6 tahun 2021. Semoga Majlis
Konvokesyen ini memberikan kesan yang bermakna kepada para graduan yang
telah berjaya menamatkan pegajian dalam bidang masing-masing, biarpun
berdepan dengan pelbagai cabaran sepanjang tempoh pengajian di era
pandemik COVID-19 ini.
Kolej Vokasional Port Dickson amat komited dalam melahirkan graduan yang
mampu melangkah ke dunia pekerjaan dengan penuh keyakinan dan
bertanggungjawab. Disamping itu, Kolej Vokasional Port Dickson juga terbukti
telah melahirkan ramai graduan TVET yang menceburi bidang keusahawanan
dan melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di institusi pengajian
tinggi awam dan swasta.
Saya merakamkan penghargaan dan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada
semua jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan Majlis Konvokesyen kali ini.
Tahniah dan terima kasih juga diucapkan kepada semua ibu bapa yang telah
memberi sokongan sepanjang pelajar menuntut ilmu di Kolej Vokasional Port
Dickson.
Akhir kata, saya berharap dan menyeru semua graduan supaya terus mengorak
langkah mempersiapkan diri dengan sikap yang proaktif, kreatif dan mampu
berdaya saing dalam berbakti kepada keluarga, agama, bangsa dan negara.
1