Page 5 - BUKU PROGRAM KONVOKESYEN KVPD 2021
P. 5
1. Graduan perlu berada di dalam Dewan Konvokesyen 45 minit sebelum majlis
berlangsung. Ibu bapa atau waris tidak dibenarkan berada di lobi hotel
semasa pendaftaran.
2. Hanya graduan sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam Dewan
Konvokesyen. Ibu bapa atau waris tidak dibenarkan.
3. Pintu masuk dewan akan ditutup 30 minit sebelum majlis bermula untuk ke-
lancaran majlis.
4. Graduan wajib memakai pelitup separuh muka yang dibekalkan di pintu masuk
hotel.
5. Graduan wajib mengikut Langkah Kawalan Keselamatan dan Penyakit
Berjangkit ( LAMPIRAN 4(D) ) semasa pendaftaran di pintu masuk hotel.
6. Graduan akan terus mengambil tempat duduk di Dewan Konvokesyen
(Ballroom, Hotel Ehsan Seaview di Tingkat 1) selepas pendaftaran.
7. Graduan dilarang membawa masuk makanan / minuman / kudapan dari luar ke
dalam dewan.
8. Arahan penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka dan prosedur keselamatan
yang lain perlu dipatuhi.
9. Sentiasa mengamalkan hand hygiene (mencuci tangan dengan air dan sabun
atau pensanitasi tangan).
10. Pihak Kolej Vokasional Port Dickson perlu mematuhi segala garis panduan yang
ditetapkan oleh KPM, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) sepanjang masa; dan
11. BPLTV berhak menarik balik surat kelulusan/kebenaran mengadakan
konvokesyen sekiranya pihak tuan gagal mematuhi syarat dan peraturan yang
ditetapkan atau bercanggah dengan dasar sedia ada yang sedang
berkuatkuasa.
3