Page 2 - SOALAN PEPERIKSAAN UJAN PENILAIAN PEGAWAI LANTIKAN KONTRAK BERWARAN GRED 41
P. 2
SULIT
BAHAGIAN A [50 MARKAH]
Jawab satu soalan sahaja
1. Ali merupakan seorang Pembantu Tadbir (perkeranian/operasi) Gred N19 dan
telah didapati tidak hadir bekerja selama 15 hari berturut - turut. Ketua Jabatan anda
telah mengarahkan anda untuk mengambil tindakan dan mengemukakan kepada
Lembaga Tatatertib untuk tindakan tatatertib. Apakah tindakan yang anda akan lakukan
berpandukan Perintah Am.
2. Anda telah diminta oleh Ketua Jabatan anda untuk menyediakan pembentangan
mengenai kelayakkan cuti kepada beberapa orang pegawai dari berbagai gred dan
jawatan yang baru melaporkan diri di jabatan anda. Sila sediakan nota pembentangan
berdasarkan arahan Ketua Jabatan anda.
3. Waran peruntukan telah diperolehi dari Bahagian Perancang Ekonomi Negeri
Kedah. Dari senarai yang diterima, tujuh (7) projek bernilai bawah RM 20,000.00 dan
sembilan (9) projek bernilai melebihi RM20,00.00 bagi setiap satu projek. Ketua Jabatan
anda mengarahkan anda untuk mengambil tindakan untuk melaksanakan projek - projek
mengikut tatacara perolehan yang dibenarkan. Sila huraikan tatacara perolehan yang
dibenarkan terhadap projek - projek bernilai bawah RM 20,000.00 dan projek - projek
bernilai melebihi RM 20, 000.00.
1