Page 3 - SOALAN PEPERIKSAAN UJAN PENILAIAN PEGAWAI LANTIKAN KONTRAK BERWARAN GRED 41
P. 3

SULIT



                   BAHAGIAN B [40 MARKAH]
                   Jawab satu soalan sahaja

                   1.     Cikgu Hassan ingin menyerahkan tanah bahagian milikannya yang berkeluasan
                   50,000 kaki persegi kepada anak lelakinya. Beliau meminta nasihat anda dan cara untuk
                   melakukan proses pindah milik tanah tersebut. Sila terangkan bagaimana proses
                   pertukaran hak milik kepada Cikgu Hassan supaya beliau faham dan pendaftaran dalam
                   tempoh satu hari dapat dilakukan.

                   2.     Mr. Tan bertanya kepada anda bagaimana untuk mengadakan pertunjukan
                   hiburan termasuk permainan kanak - kanak di daerah anda. Terangkan apakah yang Mr
                   Tan perlu lakukan dan pihak manakah yang boleh meluluskan lesen tersebut.


                   3.     Tunggakkan cukai tanah merupakan satu masalah di setiap pentadbiran tanah.
                   Anda telah diarahkan untuk mengambil tindakan merampas tanah bagi tanah - tanah
                   yang mempunyai tunggakan . Terangkan proses - prosesnya.


                   4.     Tunggakkan cukai pintu yang tinggi menyebabkan pendapatan pendapatan Pihak
                   Berkuasa Tempatan merosot dan pembangunan pembangunan di kawasan PBT tidak
                   dapat dilakukan. Anda diarahkan untuk mengambil tindakan menyita premis - premis
                   yang mempunyai tunggakkan yang tinggi. Terangkan tindakan yang perlu anda lakukan.

                   5.       Kerajaan telah memutuskan untuk mengadakan jamuan meraikan kemenangan
                   pemain badminton negara, kerajaan turut bersetuju tetamu kehormat pada majlis
                   tersebut ialah KeBawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dan KeBawah Duli Yang
                   Maha Mulia Tuanku Sultanah Kedah serta Kerabat Di Raja Kedah. Timbalan Setiausaha
                   Kerajaan (Pengurusan) menugaskan anda sebagai Setiausaha kepada Jawatankuasa
                   tersebut, Apakah yang anda akan lakukan bagi memastikan majlis tersebut berlangsung
                   dengan jayanya.


                   6.     Sheikh Ahmad merupakan seorang pegawai awam, beliau telah berpoligami tanpa
                   kebenaran dan melangsungkan perkahwinan di selatan Thailand. Beliau berhasrat
                   mendaftarkan serta mengesahkan perkahwinan beliau di Malaysia. Terangkan tindakan
                   yang boleh di ambil terhadap beliau berdasarkan status beliau sebagai seorang pegawai
                   awam serta proses - proses yang perlu dibuat oleh beliau untuk mengesahkan seterusnya
                   mendaftarkan perkahwinannya dalam sistem perundangan syariah di Malaysia.


                   7.     Sewaktu anda ditugaskan di Pejabat Menteri Besar Negeri Kedah atau Pejabat
                   keBawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Negeri Kedah, anda telah ditugaskan untuk
                   menguruskan satu lawatan rasmi jabatan tersebut ke luar negara. Peruntukan
                   keseluruhan bagi lawatan rasmi tersebut adalah sebanyak ringgit Malaysia lima ratus ribu
                   (RM500,000.00), sila jelaskan serta huraikan tatacara perolehan kewangan bagi
                   mendapatkan peruntukan tersebut dan tatacara serta prosedur yang perlu dilaksanakan
                   setelah anda kembali dari lawatan rasmi tersebut.









                   2
   1   2   3   4