Page 2 - BUKU PROGRAM KEJOHANAN RAGBI ZON SELATAN 2023
P. 2
KATA ALU-ALUAN
KATA ALU-ALUAN
PENGARAH BPM MARA
PENGARAH BPM MARA
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Sekalung penghargaan saya ucapkan buat seluruh warga Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) atas segala komitmen yang
diberikan sepanjang Kejohanan MRSM Premier Rugby Kebangsaan 2023 pada kali ini. Pada tahun ini, kejohanan berlangsung
secara serentak di 4 zon iaitu MRSM Merbok, Kedah (Zon Utara), MRSM Lenggong, Perak (Zon Barat), MRSM Alor Gajah, Melaka
(Zon Selatan) dan MRSM Kuala Berang, Terengganu (Zon Timur). Usaha murni ini perlulah disokong sepenuhnya bagi memastikan
keseimbangan aspek jasmani, emosi, intelek dan sosial dalam diri pelajar selari dengan hasrat MARA dalam melahirkan modal
insan kelas pertama.
Penglibatan pelajar secara aktif dalam aktiviti kokurikulum sememangnya mampu memberikan impak yang positif dalam
pembentukan peribadi dan jati diri yang utuh. Daya ketahanan diri dan disiplin yang dibentuk semasa menyertai perlawanan
juga mampu menjadikan pelajar lebih berkeyakinan dalam menghadapi cabaran dalam kehidupan yang mencabar kini.
Penganjuran kejohanan ini juga bukan sahaja sebagai platform mencungkil bakat para pelajar yang berpotensi, malah sebagai
medium memupuk perpaduan dan kerjasama semua pihak yang terlibat. Saya yakin dan percaya bahawa setiap pasukan yang
menyertai pertandingan ini sudah membuat persiapan awal daripada proses pemilihan pemain sehingga perancangan strategi
untuk memperoleh kemenangan.
Akhir kata, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pihak yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Kejohanan MRSM Premier Rugby Kebangsaan 2023 ini. Semoga kejohanan ini
mampu melahirkan modal insan yang holistik untuk masa depan yang gemilang.
Sekian.
SHAHRIZAL BIN MOHD SADERI
Pengarah
Bahagian Pendidikan Menengah 2
MARA