Page 3 - BUKU PROGRAM KEJOHANAN RAGBI ZON SELATAN 2023
P. 3
KATA ALU-ALUAN
KATA ALU-ALUAN
PERASMI
PERASMI
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana diberikan ruang dan peluang untuk menitipkan ucapan
dalam buku program Kejohanan MRSM Premier Rugby Kebangsaan Zon Selatan 2023 yang penuh bermakna ini. Sudah pastinya
segala usaha yang telah dirancang oleh pihak MARA amnya dan MRSM khususnya bakal diterjemahkan dalam kejohanan yang
berlangsung di setiap zon untuk para pelajar menyerlahkan bakat mereka dalam bidang sukan yang diceburi.
Tahniah juga diucapkan kepada anak-anak ini yang telah bertanding mewakili maktab masing-masing dengan bersungguh-
sungguh. Sudah pastinya peranan guru dan jurulatih dalam memastikan para pelajar mempunyai pelbagai kemahiran dalam
sukan ragbi ini tidak ternilai harganya. Pada masa yang sama, aspek akademik sudah pastinya tidak pernah diketepikan kerana
dengan pendidikan kita dapat melahirkan atlet yang mampu berfikir secara kritis dan berketerampilan.
Sebelum menutup bicara, syabas dan tahniah diucapkan kepada warga kerja MRSM Alor Gajah sebagai tuan rumah dan semua
pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Kejohanan MRSM Premier Rugby Kebangsaan Zon
Selatan 2023. Sesungguhnya, tanpa usaha semua pihak segala yang direncanakan itu sudah pastinya tidak membuahkan hasil
seperti yang dihasratkan.
Sekian.
MOHD ASRI BIN NINGGAL
Pengarah
Majlis Sukan Negeri Melaka
3