Page 22 - BUKU AGM 2022
P. 22
20 P USP ANIT A P USP ANIT A 21
1.4 Sehubungan itu, dengan kekangan pelaksanaan mesyuarat agung dalam tempoh
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), YBhg. Datin Paduka
Hariyanti binti Amit, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah akan
mempengerusikan Mesyuarat Agung PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah Darul
Aman Kali Ke-37 Tahun 2021.
Makluman
2.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI
2.1 YBhg. Datin Paduka Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah mengalu-
alukan kehadiran semua ahli ke Mesyuarat Agung PUSPANITA Cawangan Negeri
Kedah Darul Aman Kali Ke-37 Tahun 2021 serta mengucapkan tahniah kepada
Jawatankuasa Kerja yang mengatur urus pelaksanaan Mesyuarat Agung
PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah pada tahun ini.
2.2 YBhg. Datin Paduka Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah
memaklumkan bahawa PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah telah memulakan
perancangan bagi melaksanakan mesyuarat agung secara kelazimannya agar ahli
PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah dapat bersua muka bagi menjayakan
mesyuarat ini.
2.3 Namun begitu, dengan penularan COVID-19 serta Perintah Kawalan Pergerakan
yang sedang berkuatkuasa, PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah perlu akur
dengan ’standard operating procedure (SOP)’ serta norma baharu dan menyelaras
semula agar mesyuarat agung diadakan secara dalam talian.
2.4 YBhg. Datin Paduka Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah juga
mengucapkan terima kasih kepada Pengarah dan warga kerja Bahagian
Teknologi Maklumat dan Komunikasi Negeri Kedah yang turut sama bertungkus-
lumus bagi memastikan mesyuarat ini dapat berlangsung pada 27 Mei 2021.
2.5 YBhg. Datin Paduka Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah
menyerahkan mesyuarat kepada Puan Setiausaha untuk meneruskan dengan
agenda Mesyuarat Agung PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah Darul Aman Kali
Ke-37 Tahun 2021.
Makluman