Page 24 - BUKU AGM 2022
P. 24
22 P USP ANIT A P USP ANIT A 23
5.0 MEMBENTANGKAN DAN MENERIMA PENYATA KEWANGAN BAGI TAHUN
BERAKHIR 31 DISEMBER 2020
5.1 Puan Bendahari PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah membentangkan Penyata
Kewangan PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah Darul Aman Bagi Tahun
Berakhir 31 Disember 2020.
5.2 Puan Bendahari PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah memaklumkan
pendapatan pada tahun 2020 adalah sebanyak RM 150,623.65 dan perbelanjaan
yang dibuat pada tahun 2020 sehingga 31 Disember 2020 adalah sebanyak
RM 154,755.71 dengan jumlah aset pada tahun 2020 adalah sebanyak
RM 213,360.47.
5.3 Puan Bendahari PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah juga memaklumkan
bahawa Pemeriksa Kira-Kira telah menyemak dan telah memperakukan bahawa
Penyata Kewangan PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah Darul Aman Bagi
Tahun Berakhir 31 Disember 2020 telah disediakan dengan betul bagi
menunjukkan satu kenyataan yang benar.
5.4 YBhg. Datin Noor Afza binti Osman, Timbalan Pengerusi PUSPANITA Cawangan
Negeri Kedah mencadangkan Penyata Kewangan PUSPANITA Cawangan Negeri
Kedah Darul Aman Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2020 diterima dan disokong
oleh Puan Zuraida binti Hassan, PUSPANITA Cawangan Daerah Kulim.
Makluman
6.0 MELANTIK SEORANG ( 1 ) PENOLONG SETIAUSAHA PUSPANITA CAWANGAN
NEGERI KEDAH DARUL AMAN BAGI TAHUN 2021 HINGGA 2023
6.1 Puan Setiausaha PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah memaklumkan bahawa
Biro Pembangunan ICT dan Publisiti yang dipengerusikan oleh Puan Noorulhuda
binti Mohamed Ali dengan kerjasama Bahagian Teknologi Maklumat dan
Komunikasi dibawah pimpinan Encik Mohd Hamri bin Abidin telah membangunkan
sistem bagi tujuan pengundian jawatan-jawatan yang dipertandingkan.
6.2 Mesyuarat dimaklumkan bahawa proses pencalonan telah dijalankan pada 20 Mei
2021 bermula jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi dan diteruskan dengan proses
bantahan pada 23 Mei 2021 bermula jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi serta semua
keputusan telah dipaparkan di laman web PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah
bersekali dengan paparan pada 25 Mei 2021 senarai calon yang akan bertanding.