Page 4 - DHLA
P. 4

Kata Pengantar











                                                                      Yang  Berbahagia  Datuk  Hajam  Lajah  Alam  adalah  seorang  insan

                                                                      yang  telah  banyak  berjasa  kepada  pembangunan  HASiL  sepanjang
                                                                      perkhidmatan  beliau  di  Jabatan  Hasil  Dalam  Negeri  dan  Lembaga
                                                                      Hasil  Dalam  Negeri  Malaysia.  Figura  ini  bukan  sahaja  senang

                                                                      didampingi malah mempunyai karakter yang sangat disenangi ramai;
                                                                      ramah,  hormat,  sentiasa  dengan  senyuman,  pemurah,  penyayang,

                                                                      suka  memberi  tunjuk  ajar  dan  banyak  lagi,  serta  ketegasan  beliau
                                                                      berkarisma.



              Naskah Hajam Lajah Alam ini adalah terjemahan kepada warna-warni kehidupan beliau melalui catatan dan

              himpunan foto-foto. Setiap lembaran akan menyelak kenangan-kenangan manis, pahit, suka dan duka beliau
              dalam  menempa  kejayaan  di  dalam  diri,  keluarga  dan  perkhidmatan  beliau.  Perjalanan  selama  37  tahun  di
              Jabatan  Hasil  Dalam  Negeri  /  Lembaga  Hasil  Dalam  Negeri  Malaysia,  Datuk  Hajam  Lajah  Alam,  anak  jati

              Kampung Pulau Bum-Bum Semporna telah menempuh pelbagai kejayaan yang menjadi kebanggaan semua.
              Bermula pada tahun 1986 dan menoktahkan khidmat bakti pada 2023 di negeri yang sama, tanah air tercinta,

              Sabah Negeri Di Bawah Bayu.



              Coretan ringkas buku ini hanyalah sebagai sumbu yang kecil untuk memegang cahaya yang dapat menerangi
              gelap suasana. Semoga segala pegalaman, jasa dan bakti Datuk Hajam Lajah Alam yang dititipkan di dalam

              buku ini, akan terus menjadi kenangan indah sepanjang zaman buat para pembaca dan Team HASiL.


              Naskah ini juga adalah lambang kasih dan penghormatan buat insan yang disanjung tinggi sebagai seorang

              pemimpin, bapa, guru, sahabat dan seadanya beliau yang bernama Hajam Lajah Alam.






                                                                                                     Mohamad Razli Mohamad Ali

                                                                                                                                Pengarah Operasi Negeri
                                                                                                          Seksyen Khidmat Pelanggan, HASiL Sabah
   1   2   3   4   5   6   7   8   9