Page 6 - DHLA
P. 6
Sekapur Sireh
dan Salam Sejahtera,
Syukur Alhamdulillah kerana Buku Tribute kepada YBhg. Datuk Hajam Bin
Lajah Alam ini dapat disiapkan dengan sempurnanya. Tujuan penghasilan
buku ini bukan hanya sebagai kiasan penghargaan kepada YBhg. Datuk
Hajam bin Lajah Alam atas sumbangan beliau sepanjang perkhidmatan,
tetapi juga isi kandungannya dapat dijadikan memento dan kenangan
kepada Warga Hasil khususnya yang pernah secara langsung bertugas serta
berkerjasama bersama Datuk Hajam Bin Lajah Alam.
Satu-satu organisasi tidak wujud dengan stabil dan maju tanpa kehadiran sosok pemimpin yang mempunyai
kredibiliti, kompetensi dan disenangi oleh warganya. “KERJA MESTI MAU HAPPY” adalah salah satu pegangan
bekerja YBhg. Datuk yang diterapkan kepada pegawai-pegawai di bawah pimpinannya yang secara tidak langsung
meransang kepada peningkatan prestasi LHDNM Sabah dari tahun ke tahun. Jutaan penghargaan kepada
Jawatankuasa Sidang Redaksi Buku HLA ini atas jerih payah untuk menyedia dan menyiapkan buku ini.
Perancangan yang dimulakan sejak tahun 2019 dan disusuli dengan teratur pada tahun 2023 merealisasikan
penghasilan buku ini. Ahli Jawatankuasa adalah terdiri daripada pegawai-pegawai dari pelbagai gred di semua
lokaliti LHDNM Sabah. Kekangan masa dek kesibukan kerja hakiki harian dan faktor geografi tidak menjadi
penghalang kepada ahli jawatankuasa untuk menjalankan tugas-tugas yang diberikan dalam menyempurnakan
buku ini.
Salam persaraan kepada YBhg. Datuk Hajam Bin Lajah Alam, semoga YBhg. Datuk diberikan kesihatan yang baik
serta sentiasa ceria di samping keluarga yang dicintai.
Sekian, Terima Kasih dan Selamat Bersara.
H – HASiL
L – Legend steps
A – Away
Arsyad Hasanuddin
Eksekutif HASiL Kanan I
Pejabat Pengarah Negeri HASiL Sabah