Page 1 - Minit Mesyuarat 2020_kali 3
P. 1
MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SMK MATANG
BIL. 3 TAHUN 2020
Tarikh: 11 Ogos 2020 (Selasa)
Masa: 2.00 p.m.
Tempat: Bilik Mesyuarat SMK Matang
Kehadiran:
1. Cik Halimaton Binti Abdul Hamid
2. Ustazah Hamimah Aziz
3. Ustazah Sanisah Sarmun
4. Ustaz Ahmadan Ghazali
Agenda 1: Ucapan Pengerusi
Cik Halimaton mengalu-alukan kehadiran guru-guru Pendidikan Islam ke mesyuarat
panitia kali kedua bagi tahun 2020.
Agenda 2: Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Panitia bil 1/2020
2.1 Membentangkan minit mesyuarat kali pertama 2020.
Minit mesyuarat tersebut disahkan oleh Ustazah Sanisah dan disokong oleh Ustaz
Ahmadan.
Agenda 3: Perkara Berbangkit
Tiada
Agenda 4: Penataran Pengarah: Penjajaran Kurikulum
4.1 KPM telah menjajarkan kandungan kurikulum semua mata pelajaran KSKP dan KSSM.
Penjajaran kurikulum ini melibatkan menyusunan semula kandungan, pedagogi serta
pentaksiran berdasarkan hasil pembelajaran yang dihasratkan bagi memenuhi keperluan
khusus mata pelajaran.
4.2 KPM menyediakan dokumen kurikulum yang telah dijajarkan, peruntukan masa
minimum dan Kit Penjajaran Kurikulum sebagai rujukan guru, guru-guru boleh
menambah baik kaedah pengajaran seperti menjajar semula kerangka kurikulum untuk
mengejar output pembelajaran.
4.3 Penjajaran kandungan kurikulum ini bertujuan memberi penekanan terhadap kandungan
asas yang perlu dikuasai oleh murid. Manakala kandungan tambahan dan kandungan
pelengkap berperanan menyokong keseluruhan pembelajaran bagi kandungan sesuatu
mata pelajaran melalui pelbagai kaedah dan teknik pembelajaran. Pendekatan
pembelajaran teradun yang menggabungkan teknik pengajaran bersemuka dan tidak
bersemuka menggunakan medium yang sesuai mampu menghasilkan PdP yang lebih
fleksibel tanpa mengabaikan hasil pembelajaran yang dihasratkan.
Tindakan: Semua Guru Pendidikan Islam
Agenda 5: Takwim Persekolahan Penggal Ke 2
5.1 Pihak pentadbir telah memuat naik Takwim Persekolahan Penggal Ke 2 di Telegram,