Page 1 - Minit Mesyuarat 2020_kali 3
P. 1

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SMK MATANG
                              BIL. 3 TAHUN 2020



               Tarikh:         11 Ogos 2020 (Selasa)
               Masa:           2.00 p.m.
               Tempat:         Bilik Mesyuarat SMK Matang

               Kehadiran:
               1.  Cik Halimaton Binti Abdul Hamid
               2.  Ustazah Hamimah Aziz
               3.   Ustazah Sanisah Sarmun
               4.   Ustaz Ahmadan Ghazali


               Agenda 1: Ucapan Pengerusi

               Cik Halimaton mengalu-alukan kehadiran guru-guru Pendidikan Islam ke mesyuarat
               panitia kali kedua bagi tahun 2020.

               Agenda 2: Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Panitia bil 1/2020

               2.1 Membentangkan minit mesyuarat kali pertama 2020.
                   Minit mesyuarat tersebut disahkan oleh Ustazah Sanisah dan disokong oleh Ustaz
                   Ahmadan.

               Agenda 3: Perkara Berbangkit

               Tiada

               Agenda 4: Penataran Pengarah: Penjajaran Kurikulum

               4.1  KPM telah menjajarkan kandungan kurikulum semua mata pelajaran KSKP dan KSSM.
                    Penjajaran kurikulum ini melibatkan menyusunan semula kandungan, pedagogi serta
                    pentaksiran berdasarkan hasil pembelajaran yang dihasratkan bagi memenuhi keperluan
                    khusus mata pelajaran.
               4.2  KPM menyediakan dokumen kurikulum yang telah dijajarkan, peruntukan masa
                    minimum dan Kit Penjajaran Kurikulum sebagai rujukan guru, guru-guru boleh
                    menambah baik kaedah pengajaran seperti menjajar semula kerangka kurikulum untuk
                    mengejar output pembelajaran.
               4.3  Penjajaran kandungan kurikulum ini bertujuan memberi penekanan terhadap kandungan
                    asas yang perlu dikuasai oleh murid. Manakala kandungan tambahan dan kandungan
                    pelengkap berperanan menyokong keseluruhan pembelajaran bagi kandungan sesuatu
                    mata pelajaran melalui pelbagai kaedah dan teknik pembelajaran. Pendekatan
                    pembelajaran teradun yang menggabungkan teknik pengajaran bersemuka dan tidak
                    bersemuka menggunakan medium yang sesuai mampu menghasilkan PdP yang lebih
                    fleksibel tanpa mengabaikan hasil pembelajaran yang dihasratkan.
                                                              Tindakan: Semua Guru Pendidikan Islam

               Agenda 5: Takwim Persekolahan Penggal Ke 2


               5.1  Pihak pentadbir telah memuat naik Takwim Persekolahan Penggal Ke 2 di Telegram,
   1   2   3   4   5