Page 5 - Minit Mesyuarat 2020_kali 3
P. 5

Agenda 9: Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

               9.1    Semua guru yang mengajar menengah rendah dan Tingkatan 4 perlu memastikan
                     templat pelaporan dalam fail Excel yang digunakan secara luar talian dicatat sebanyak
                     2 kali dalam setahun dan diuruskan dengan baik serta lengkap.
               9.2    Semua guru harus memperbanyakkan soalan-soalan KBAT ketika melaksanakan PBD.
               9.3    Penilaian kerja kursus dan penilaian sahsiah diwajibkan dan perlu dilaksanakan untuk
                     semua pelajar Tingkatan 5.

                                                              Tindakan: Semua Guru Pendidikan Islam

               Agenda 10: Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2)

               10.1  Semua  Panitia  Mata Pelajaran  perlu  membuat  penilaian masing-masing bagi  Aspek
                     3.1.2 (TUMS 3.1.2.1, 3.1.2.2, 3.1.2.3 dan 3.1.2.4)
               10.2  Ketua Panitia dilantik sebagai Pegawai Pelaksana Standard (PPS) perlu mengembalikan
                     hasil penilaian (TUMS) yang telah ditandatangani bersama dengan evidens yang sahih
                     kepada Setiausaha JKSS untuk disimpan sebagai bukti penilaian bagi setiap peringkat
                     penilaian (Mac, Julai, November).

                                                              Tindakan: Ketua Panitia dan Guru Pendidikan Islam

               Agenda 11: Standard 4: Pembelajaran daan Pemudahcaraan

               11.1     Guru berperanan sebagai pemudah cara dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP)
                      yang berkesan untuk memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan
                      pencapaian murid pada tahap optimum secara berterusan.
               11.2    Guru perlu memahami aspek kritikal Standard 4 SKPMg2 dan mengambil
                      tindakan sewajarnya agar murid melibatkan diri dalam proses pembelajaran secara
                      berkesan.
               11.3     Pencerapan oleh Penilai Pertama akan dilaksanakan bagi semua guru bermula pada
                      bulan Ogos.

                                                              Tindakan: Semua Guru Pendidikan Islam

                Agenda 12: Hal-hal Lain

               Tiada



               Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang.

               Disediakan oleh,                                   Disahkan oleh,






               (HAMIMAH AZIZ)                                     (HALIMATON BT ABDUL HAMID)
               Ketua Panitia Pendidikan Islam                     Ketua Bidang Kemanusiaan
   1   2   3   4   5