Page 15 - INOVASI DAN 3 KAJIAN TINDAKAN
P. 15

2. BAHAI.


               Bahai diasaskan oleh Hussin Ali Al-Mazandarani (Meninggal dunia pada 1309 H/1892M). Nama
               Bahai adalah sempena nama pengasasnya yang digelar sebagai Bahaullah.Ia adalah lanjutan
               kepada ajaran Ak-Babiyyah diasaskan oleh Ali Muhammad As-Syurazi (Meninggal dunia pada
               1277H/ 1850M). Ajaran Bahai muncul di iran pada 1847 M. Ajaran Bahai mula tersebar di
               Malaysia pada tahun 1953M dibawa oleh Yan Kee Leong.


                 MUTIARA KATA.
                 Tuhanku, solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya untukmu, hidupkanlah daku dibawah panji  keimanan,
                 matikanlah daku dalam dakapan kalimah syahadah. Himpunkanlah daku dibawah lindunganmu,  pada saat
                 tiada lindunngan selainmu.


                 JARINGAN MAYA.

                 Layari laman web JAKIM untuk mencari maklumat terkini tentang kegiatan ajaran sesat:  www.islam.gov.my
               CIRI-CIRI KESESATAN AJARAN BAHAI:

               1. Beriktikad bahawa pengasasnya adalah jelmaan Allah.

               2. Beriktikad bahawa semua agama adalah sama dan digabungkan dalam ajaran Bahai.
               3. Beriktikad bahawa alam ini bersifat baqa’. (kekal)

               4. Beriktikad bahawa Nabi Isa mati disalib.

               5. Mengagungkan kod 19 hingga Al-Quran dipengaruhi kod tersebut.

               6. Menolak kewujudan mukjizat malaikat, syurga dan neraka.

               7. Memansuhkan agama Islam.

               8. Menganggap Acre di Palestin sebagai kiblat baru.

               9. Mengubah bentuk-bentuk ibadat seperti puasa 19 hari, solat sebanyak 9 rakaat 3 kali sehari
                  dan berwudhuk dengan air mawar atau diganti dengan bacaan Bismillah lima kali.

               10.Menghapuskan jihad.




               ASAS: HAAMA – dari huruf : Hussin Ali Al-Mazandarani  INDEK:

               Guna nombor: KOD 19 PUASA 19 SOLAT 9 RAKAAT 3X SEHARI
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20