Page 10 - INOVASI DAN 3 KAJIAN TINDAKAN
P. 10
Kajian Tindakan SMK MATANG 2019M=1440M-BIDANG KEMANUSIAAN- M.P PENDIDIKAN ISLAM
Ini kerana naluri semulajadi murid yang ingin tahu sangat cenderung kepada perkara baru,
seterusnya berfikir dengan setulus hati dan akan mencuba melaksanakan impian mereka
menyebabkan kaedah ini mendapat sambutan daripada mereka. Selain itu, ia dapat merangsang
minda yang sederhana dan lemah ini. murid sasaran ini menyatakan rasa seronok kerana dapat
belajar sambil mendalami ilmu agama. Selain daripada mendapat pengetahuan, pelajar dapat
berinteraksi dan bergaul dalam kumpulan serta mematuhi disiplin dalam masa pembelajaran
berlangsung.Kaedah ini dapat menarik minat murid kerana ianya dapat mengelakkan seseorang
pelajar itu daripada merasa tertekan dengan kaedah mengingat dan menghafal yang tidak dapat
mereka laksanakan.
Kaedah ini dapat membantu semua murid mereka cipta bahan BBM dalam semua bidang.
Daripada kajian yang dijalankan dapat dirumuskan bahawa ia telah menunjukkan
keberkesanankepada murid yang suka bermain dengan perkataan. Kaedah ini menjadi satu alternatif
kepada murid yang bermasalah dalam mengingat dan menghafal sesuatu isi pelajaran. Ia bukan
setakat berbentuk kemahiran menjana idea tetapi perkongsian ilmu boleh berlaku secara tidak
langsung ketika mereka membuat ujian bertulis di hadapan kelas dalam kumpulan masing-
masing,seterusnya menjawab soalan bahagian ini dalam setiap peperiksaan yang dijalankan secara
sumatif dan formatif
6.0 Cadangan untuk kajian seterusnya
Saya telah menggunakan kaedah akronim ini dan mendapati ia boleh menjana minda murid yang
sederhana dan lemah bagi menaikkan semangat belajar secara berkesan.
Saya akan menggunakan kaedah ini kepada pelajar lain pada tahun hadapan apabila mengajar tajuk
yang sama. Saya juga akan mengaplikasikan kaedah ini bagi tajuk-tajuk lain dalam mata pelajaran
Pendidikan Islam.
Kajian tindakan ini berjaya mencapai objektifnya kerana murid yang menjadi sasaran dalam kajian
ini telah menunjukkan perubahan dari segi pencapaian dan penguasaan mereka dalam menulis
jawapan berbentuk fakta dalam ujian yang lalu, seterusnya dapat menggunakannya bagi tujuan
menambahkan ilmu dan minat.
Laporan diakhiri dari Kalam Rabbul Jalil yang bermaksud “Allah tidak akan mengubah nasib
seseorang itu jika ia sendiri tidak mengubahnya” dan daripada Kalam Ulama:’ Man Jadda Wajada
“dari Pepatah Melayu “hendak seribu daya tidak hendak seribu dalih”
Sekian.