Page 6 - INOVASI DAN 3 KAJIAN TINDAKAN
P. 6
Kajian Tindakan SMK MATANG 2019M=1440M-BIDANG KEMANUSIAAN- M.P PENDIDIKAN ISLAM
1. Pemerhatian
2. Soal selidik
Borang soal selidik diedarkan kepada pelajar sasaran. Murid membuat pilihan mengapa mereka tidak
dapat menjawab soalan yang dikemukakan.
3. Ujian Pra
Kami mengedarkan atihan yang mengandungi lima soalan kepada murid. Setelah dua kali
atihan dan Ujian Pra dijalankan kepada lima belas orang murid sasaran ini menggunakan set
soalan yang sama, mereka masih gagal menjawab atiha kesemua soalan, dan masih
ada yang tidak menulis langsung.
2. Analisis Tinjauan Masalah
1. Analisis Pemerhatian
Melalui pemerhatian terhadap lima belas orang murid sasaran, kami dapati murid ini terlalu lemah
untuk mengingati fakta dan ada yang tidak berminat. Ini dapat dilihat melalui tingkah laku pelajar itu
sendiri. Sebelas orang daripada mereka mencuba untuk menghafal tetapi tidak
dapat menyatakan atihan kerana keupayaan mereka terhad. Manakala empat orang
murid lagi menunjukkan mereka kurang berminat untuk belajar. Mereka tidak menumpukan perhatian
semasa guru mengajar dan kurang melibatkan diri dalam setiap aktiviti pengajaran
dan pembelajaran.
2. Analisis Soal Selidik
Jadual 1: Jadual Analisis Dapatan Soal Selidik Berdasarkan Bilangan dan Peratus.
Bil. PERKARA BIL MURID PERATUS
1 Tidak suka mata pelajaran Pendidikan Islam 0 0
2 Adakah anda kurang berminat dengan
bacaan dan susah mengingat 4 26.7
3 Tidak tahu atau tidak faham 3 20.0
4 Malas membaca sebab kurang lancar 2 13.3
5 Gagal/ takut untuk mencuba menulis 6 40.0
JUMLAH 15 100
Jadual 1- Menunjukkan 26.7 % kurang berminat kecuali dengan nasihat dan motivasi,20 % murid
tidak tahu atau tidak faham cara mengingat, 13.3 % murid malas membaca, dan 40.0 % lagi tidak
mencuba langsung menulis untuk jawapan.