Page 3 - INOVASI DAN 3 KAJIAN TINDAKAN
P. 3
Kajian Tindakan SMK MATANG 2019M=1440M-BIDANG KEMANUSIAAN- M.P PENDIDIKAN ISLAM
TAJUK : KAEDAH AKRONIM DALAM TAJUK AJARAN SESAT.
BAHAGIAN AQIDAH TINGKATAN 5
KAJIAN : AHMADAN BIN GHAZALI
Guru Pendidikan Islam Sekolah Menengah Kebangsaan Matang, 34750 Matang, Perak. ( 2005 –
sekarang )
Latar Belakang Kajian:
SMK Matang merupakan sebuah sekolah yang terletak 9 km ke timur bandaraya bersejarah
Taiping,Perak dan terletak 5.5 km ke barat Kuala Sepetang yang dahulunya dikenali sebagai Port
Weld. Sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah luar bandar dan rata-rata pelajarnya terdiri daripada
anak-anak nelayan, buruh kasar, kakitangan kerajaan, peneroka FELDA, petani dan peniaga iaitu dari
kumpulan sederhana dan miskin.Oleh kerana prestasi pelajar adalah sederhana maka pelajar kurang
daya saing dalam meningkatkan prestasi pembelajaran mereka.
Pengajian mata pelajaran Pendidikan Islam merupakan salah satu aset penting dalam
kehidupan harian. Bilangan murid Islam lebih 75% di sekolah ini berjumlah 550 orang yang terdiri dari
pelajar Melayu,Cina dan India. Murid Islam di sekolah ini seramai 378 orang. Pencapaian baik dalam
mata pelajaran ini akan memudahkan laluan ke menara gading dan seterusnya menjana sahsiah
terpuji dalam pekerjaan nanti. Walau bagaimanapun tidak begitu ramai murid SMK Matang mencapai
keputusan cemerlang (A) bagi mata pelajaran ini dalam peperiksaan PT3 dan SPM. Ini disebabkan
oleh kelemahan murid terutamanya dalam menjawab soalan berbentuk fakta murid hanya dapat
menjawab dengan tepat amat sedikit, ada murid menjawab secara sederhana manakala bakinya tidak
dapat menjawab langsung.
Pelajar yang sederhana dan lemah dalam Pendidikan Islam mempunyai sejarah latar
belakang yang berbeza ianya dapat dikesan hasil dari penilaian peperiksaan semasa tingkatan
4. Pelajar yang mahir dalam mata pelajaran ini sebahagiannya boleh dikategorikan sebagai
pelajar pintar dari segi akademik dan sahsiah terpuji, atas dasar ini satu kajian dilaksanakan bagi
meningkatkan penguasaan mereka dalam mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah ini.