Page 4 - INOVASI DAN 3 KAJIAN TINDAKAN
P. 4

Kajian Tindakan SMK MATANG 2019M=1440M-BIDANG KEMANUSIAAN- M.P PENDIDIKAN ISLAM







                                                ABSTRAK KAJIAN TINDAKAN


                          MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMAHAMI DAN MENGINGAT  DENGAN
                     MENGGUNAKAN KAEDAH AKRONIM ( SINGKATAN )  BIDANG AQIDAH : AJARAN

                                                            SESAT



                   Pendidikan Islam merupakan mata pelajaran yang amat penting untuk melahirkan generasi yang
                   berilmu, beramal dan berakhlak mulia sejajar dengan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
                   Mata Pelajaran Pendidikan Islam banyak menggunakan kaedah baca, hafal, dan terbahagi kepada
                   tiga kemahiran pengetahuan berkaitan dengan al-Quran, jawi dan tajwid. Bahagian yang memerlukan

                   kefahaman yang mantap ialah aqidah, murid lemah yang dikenalpasti tidak menguasai tajuk aqidah
                   yang yang berkaitan nama tokoh dan ciri-ciri kesesatan mereka.
                   Tinjauan Awal yang dilakukan adalah melalui sesi soal jawab, temu bual bersama murid, latihan
                   bertulis dan ujian pra. Hasilnya didapati 15 % murid tidak dapatmenjawab soalan peringkat percubaan
                   SPM sedangkan mereka tahu terdapat soalan ini dalam ujian. Bagi mengatasi masalah ini, satu
                   kajian menggunakan AKRONIM dihasilkan yang berfungsi    membantu murid-murid meningkatkan

                   ingatan dan kefahaman mereka terhadap perkara-perkara    tersebut. Murid yang terlibat diberi
                   bimbingan selama 2 minggu mengikut aktiviti yang dirancangkan. Hasil ujian pos yang diperolehi
                   selepas menggunakan akronim menunjukkan
                   10 % prestasi murid semakin meningkat.

                   5.4 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu
                   Murid Tingkatan 5 yang terpilih boleh dikategorikan berada pada tahap sederhana dan lemah dalam

                   mengingat fakta. Namun begitu, masalah yang dihadapi adalah dalam kalangan mereka ada yang
                   berada pada tahap lemah. Apa yang dimaksudkan lemah ialah, mereka lambat mengingat dan dah
                   mudah lupa isi-isi yang diberikan malah ada kalanya mereka langsung tidak dapat mengingat isi
                   pengajaran yang telah disampaikan dan tertukar isi dengan tajuk.
                   Daripada pemerhatian, apabila sesi soal jawab dijalankan berkaitan terhadap 15 orang murid ini

                   terdapat sebelas orang murid tidak dapat menjawab dengan tepat. Apabila ditanya kepada pelajar ini
                   mengapa mereka tidak dapat menjawab soalan tersebut, tiga orang daripada mereka menjawab,
                   “saya sudah cuba hafal, tetapi tidak ingat langsung” manakala dua orang pelajar lagi menjawab “saya
                   malas nak hafal”. Apabila diberi atihan bertulis, lima belas orang murid ini gagal membuat tugasan
                   yang diberikan. Apabila ujian bulanan atau peperiksaan dijalankan, lima belas orang murid ini juga
                   selalu gagal menjawab isi fakta bahagian aqidah. Setelah diamati pelajar yang lemah ini, mereka
                   sukar untuk mengingati isi pelajaran dan terdapat juga yang  kurang berminat untuk mengatasi

                   masalah ini kaedah AKRONIM diperkenalkan.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9