Page 2 - ISRAK DAN MIKRAJ 2018 NOTA
P. 2
ISRAK DAN MIKRAJ
PERISTIWA Israk dan Mikraj mengandungi banyak pengajaran yang perlu dijadikan
umat Islam teladan bagi menimbulkan keinsafan dalam diri untuk ke arah kebaikan.
Di antara pengajaran itu ialah:
1. Kuasa Allah tidak terbatas dan Dia boleh melakukan apa saja yang dikehendaki-
Nya seperti membawa Rasulullah dari kota Makkah ke Baitulmaqdis dan dibawa
menghadap ke hadrat-Nya di Sidratul Muntaha dalam tempoh singkat iaitu satu
malam.
Ini kerana apabila Rasulullah menceritakan peristiwa ini kepada masyarakat umum
di Makkah, mereka mentertawakan Baginda. Hanya Saidina Abu Bakar mempercayai
kata-kata Rasulullah dan beliau diberi gelaran As-Siddiq yang bermaksud orang yang
benar.
2. Sebelum Rasulullah diIsrakkan, baginda menjalani suatu `pembedahan' untuk
membersihkan hati serta dimasukkan unsur rohani, iman dan hikmat. Ini
menunjukkan bahawa pada peringkat pertama untuk bertemu Allah, kita perlu
membersihkan diri dan jiwa daripada pelbagai sifat buruk dan menanamkan sifat
baik dan ihsan dalam diri. Dengan jiwa tenang, penuh keimanan dan ketakwaan, kita
akan beroleh kemudahan untuk bertemu dan menghadap Allah.
3. Pelbagai peristiwa yang dilihat dan dialami Rasulullah ketika Israk bersama
malaikat Jibril memberikan gambaran menyeluruh perihal manusia di bumi ini dalam
menjalani kehidupan sebagai khalifah Allah. Ada yang melakukan kebajikan
manakala yang lain kekal dalam kemaksiatan. Manusia akan diadili berdasarkan
amalan mereka dan menerima balasan yang setimpal daripada Allah berpandukan
kepada apa dikerjakan.
4. Allah juga menunjukkan kepada Rasulullah serta umatnya iman dan akidah teguh
adalah asas kepada sifat keIslaman sejati dan akan diberi balasan baik oleh-Nya. Ini
berlaku kepada tukang sikat Firaun, Mashitah sekeluarga.
5. Rasulullah memilih susu berbanding arak yang ditawarkan oleh Jibril. Ini jelas
menunjukkan bahawa susu adalah minuman berkhasiat. Arak pula tidak disukai
Baginda dan Allah kerana memabukkan dan akan menyesatkan umat Islam daripada
mengingati Allah.
6. Beberapa tempat yang disinggahi Rasulullah untuk mengerjakan solat seperti
Madinah, Bukit Tursina dan Masjidil Aqsa adalah tempat yang terpilih dan mulia.
Oleh itu, jika kita berkesempatan untuk berkunjung ke sana, adalah sunat untuk
mengerjakan solat di tempat itu.
7. Allah Maha Pengampun lagi Maha Mendengar. Bermula daripada perintah umat
Islam diwajibkan mengerjakan solat 50 kali sehari semalam, atas permohonan
Rasulullah sebagai kekasih-Nya berulang kali (sebanyak sembilan kali), Allah
mengurangkannya kepada lima kali saja sehari semalam seperti yang kita kerjakan
hari ini.