Page 7 - ISRAK DAN MIKRAJ 2018 NOTA
P. 7

ISRAK MIKRAJ - Roh dan Jasad

                   IMAM Nawawi seorang tokoh perundangan dalam Islam, menyatakan dalam
                   kitabnya Syarah Muslim: Perkara sebenar yang telah disepakati sama ada oleh
                   ulama fiqh (fuqaha), ulama ahli hadith (muhaddithin) dan ulama ilmu kalam atau
                   ilmu tauhid (mutakallimin), begitu juga para sahabat (atsar) dan para ulama dahulu
                   dan mutakhirin, bahawa Nabi Muhammad SAW telah diisrak dan dimikrajkan oleh
                   Allah SWT dengan roh dan jasadnya sekali. Begitu juga Al Imam Ibnu Hajar
                   mempunyai pendapat yang sama dalam perkara tersebut.


                   Menurut Imam Nawawi, tiada alasan untuk menolak hakikat Israk Mikraj Nabi SAW
                   dengan roh dan jasadnya sekali, kerana peristiwa Israk dan Mikraj agung itu bukan
                   atas usaha ikhtiar Nabi SAW sendiri, sebaliknya Nabi SAW menghebahkan kepada
                   orang ramai bahawa baginda telah diisrak dan dimikrajkan oleh Allah SWT bersama
                   malaikat Jibril. Kenderaan yang disediakan oleh Allah SWT bernama buraq iaitu
                   kenderaan yang dicipta dari cahaya. Buraq kenderaan khusus untuk suatu
                   pengembaraan Nabi SAW dalam perisitiwa bersejarah diisrak dan dimikrajkan ke
                   langit. Ini bermakna bahawa Israk Mikraj adalah suatu peristiwa di luar kemampuan
                   Nabi SAW untuk melakukannya, sebaliknya ia dikehendaki oleh Allah SWT berlaku ke
                   atas diri Nabi SAW dengan dibantu oleh malaikat Jibril.


                   Allah SWT melalui firmanNya dalam ayat pertama surah Al Isra', menjelaskan
                   tentang peristiwa Israk memulakan dengan kalimah Subhana "Maha Suci Allah."
                   Ertinya, Allah SWT itu Maha Suci dari segala sifat kekurangan dan kelemahan.
                   Sekalipun peristiwa Isra Mikraj itu perkara luar biasa(ajaib) di sisi akal manusia,
                   tetapi bagi Allah SWT Yang Maha Suci dari sifat kelemahan, maka Dia boleh
                   melakukan apa jua perkara pelik menjadi perkara biasa dan tiada yang mustahil
                   bagiNya.

                   Kalaulah peristiwa Israk Mikraj itu sekadar Nabi SAW bermimpi pergi ke Baitul
                   Muqaddis dan juga mimpi naik ke langit, maka kaum musyrikin Makkah tidak akan
                   marah dan mempersenda Nabi SAW, kerana mimpi adalah perkara biasa bagi semua
                   orang. Bukan Nabi Muhammad sahaja yang boleh bermimpi naik ke langit, bahkan
                   orang yang bukan taraf nabi pun boleh bermimpi serupa itu juga.

                   Apabila kafir Quraisy menentang habis-habisan dan berusaha mati-matian
                   menyangkal peristiwa Israk Mikraj yang berlaku kepada roh dan juga jasad Nabi
                   Muhammad SAW ini bererti dengan sendirinya mereka mengakui bahawa Nabi
                   diisrak dan dimikrajkan dengan roh dan jasadnya sekali. Bukannya bermimpi pergi
                   ke langit, kerana mimpi bukanlah suatu yang luar biasa dan tidak menyebabkan
                   orang bersengketa kerana mimpi bukan isu yang patut dipertikaikan.

                   Sekiranya Nabi Muhammad SAW itu sekadar mimpi naik ke langit sahaja, maka tidak
                   ada mustahaknya orang-orang kafir Quraisy cabar Nabi untuk membuktikan
                   kebenaran ceritanya dengan menerangkan rupa bentuk masjid Al-Aqsa serta jumlah
                   pintu, tiang dan perkara-perkara yang berkaitan dengan masjid tersebut. Jika hanya
                   dengan bermimpi, tidak mungkin Nabi SAW mampu menjawab semua soalan kaum
                   musyrikin yang mengkehendaki Nabi Muhammad menjawab dengan lengkap
                   keadaan rupabentuk masjid Al-Aqsa itu.


                   Pertanyaan kaum musyrikin mengenai keadaan rupabentuk masjid Al- Aqsa dengan
                   tujuan untuk memerangkap, kerana mereka yakin seratus peratus bahawa Nabi SAW
                   tidak pernah menjejakkan kaki ke Baitul Muqaddis. Sebaliknya apabila semua
   2   3   4   5   6   7   8   9   10