Page 8 - ISRAK DAN MIKRAJ 2018 NOTA
P. 8

pertanyaan telah dijawab dengan betul, maka kaum musyrikin menjadi panik dan
                   kebingungan. Mereka tahu bahawa Muhammad SAW sebelum peristiwa yang
                   menggemparkan itu, sememangnya tidak pernah pergi ke Baitul Muqaddis, tetapi
                   mereka hairan bagaimana Nabi boleh menjawab semua pertanyaan berhubung
                   masjid Al-Aqsa itu.

                   Mereka telah hilang punca, kecuali mereka terpaksa membuat tuduhan bahawa Nabi
                   adalah seorang ahli sihir, bagi mereka hanya ahli sihir sahaja yang boleh berbuat
                   demikian.

                   Sememangnya tiada dalam ingatan Nabi SAW tentang rupabentuk masjid Al-Aqsa,
                   kerana Nabi SAW sekadar dibawa singgah sebentar oleh Jibril untuk menunaikan
                   solat dua rakaat. Setelah selesai solat, Nabi SAW telah dihidangkan dua bejana yang
                   mengandungi dua jenis minuman, satu bejana mengandungi susu dan satu bejana
                   lagi mengandungi arak. Setelah itu, Nabi SAW mengambil bejana yang mengandungi
                   susu, dan tindakan Nabi memilih bejana mengandungi susu mendapat sanjungan
                   dari Jibril kerana menepati fitrah manusia. Sesi minuman itu dalam masa yang
                   singkat, selepas itu Nabi SAW naik ke langit bersama Jibril dengan kenderaan Buraq.

                   Tidak terfikir oleh Nabi SAW untuk melihat persekitaran masjid Al-Aqsa, jauh sekali
                   hendak mengingat jumlah pintu dan jumlah tiang serta lain-lain perkara yang
                   berhubung masjid Al-Aqsa. Bagaimanapun Allah SWT tidak membiarkan Nabi dan
                   RasulNya terperangkap dalam percaturan jahat puak musyrikin Makkah yang cuba
                   hendak memalukannya. Ketika Nabi Muhammad agak termangu dengan pertanyaan
                   puak musyrikin, Allah SWT datangkan Masjid Al-Aqsa ke hadapan Nabi SAW yang
                   sedang berdiri pada HIjir Ismail. Justeru itu Nabi dapat melihat masjid Al-Aqsa
                   dengan jelas, sehingga begitu mudah Nabi menjawab semua pertanyaan puak
                   musyrikin dengan tepat.


                   Kejadian Israk Mikraj yang berlaku kepada Nabi SAW sememangnya suatu peristiwa
                   yang sukar untuk difahami oleh akal dan fikiran manusia secara biasa. Persoalannya
                   bagaimana Nabi naik ke langit dengan kenderaan Buraq yang terdedah kepada
                   persekitaran angkasa lepas, ia boleh membahayakan fizikal manusia biasa. Nabi
                   menempuhnya tanpa sebarang persiapan untuk maksud tersebut, sebaliknya Nabi
                   SAW diarah oleh Tuhan secara mendadak untuk misi Israk dan Mikraj ke langit yang
                   ditemani oleh malaikat Jibril.

                   Bayangkanlah, ketika manusia mencipta kapal terbang untuk pengangkutan udara,
                   mereka terpaksa mengkaji bertahun-tahun untuk membolehkan manusia berada
                   dalam pesawat udara pada kadar ketinggian tertentu dan masa yang agak lama.
                   Bukan saja keselamatan pesawat tetapi juga keselamatan penumpang menjadi
                   keutamaan.


                   Tetapi Nabi SAW ke langit yang tertinggi iaitu ke Sidratul Muntaha dengan tidak ada
                   kawalan fizikal, suatu tempat yang malaikat Jibril pun tidak boleh sampai padanya.
                   Allah SWT izinkan RasulNya Muhammad SAW menjejakkan kaki ke tempat yang
                   amat tinggi itu tanpa pakaian keselamatan (menurut istilah sekarang), sekadar
                   pakaian biasa yang ada pada tubuh Nabi ketika itu.

                   Dengan kelajuan seperti kilat menyambar, kenderaan Buraq terdedah kepada
                   persekitaran angkasa lepas yang tidak mampu dilalui oleh manusia biasa. Tetapi
                   Nabi SAW selamat pergi dalam peristiwa Israk Mikraj itu, dan selamat pulang setelah
   3   4   5   6   7   8   9   10