Page 3 - MODUL BLESS PENGENALAN
P. 3

PENGENALAN








            Ebook Modul Pemakanan, Gaya Hidup Sihat dan Penjagaan

            Kesihatan – Pengenalan adalah merupakan terbitan versi digital
            lanjutan kepada aplikasi mobile Be Healthy, Let’s Stop Stunting

            (BLESS). Ia merupakan program intervensi pendidikan
                  pemakanan bagi pencegahan kebantutan kanak-kanak.



            Setiap isi kandungan sama ada berbentuk infografik, huraian

            teks dan kuiz dalam ebook ini adalah bersumberkan rujukan
            sahih daripada kementerian kesihatan Malaysia (KKM) serta

            telah mendapat kesahan pakar daripada pensyarah universiti
            tempatan dan pegawai sains pemakanan (PSP) klinik kesihatan.

            Ia sesuai dijadikan sumber rujukan tambahan kepada wanita
            reproduktif iaitu wanita pra-kehamilan (termasuk remaja/ wanita

            yang merancang untuk hamil), wanita yang sedang hamil dan
                   ibu yang mempunyai anak berumur 2 tahun ke bawah.



            Ebook Modul Pemakanan, Gaya Hidup Sihat dan Penjagaan

            Kesihatan siri Pengenalan ini bertujuan untuk memberi informa-
            si tentang permasalahan kebantutan kanak-kanak, meliputi

            aspek faktor penyebab, kesan-kesan serta langkah pencegah-
                                                          an.



                                    Selamat membaca dan beramal!
   1   2   3   4   5   6   7   8