Page 8 - MODUL BLESS PENGENALAN
P. 8
FAKTOR PENYEBAB
KEPADA KEBANTUTAN
Objektif Mengetahui penyebab kepada
masalah kebantutan dalam
kalangan kanak-kanak.
Faktor penyebab:
Seorang kanak-kanak boleh menjadi bantut mungkin disebabkan faktor sebelum
kelahiran dan selepas kelahiran.
Status pemakanan dan kesihatan ibu
sebelum dan semasa hamil
Pemakanan sihat sebelum dan semasa hamil
adalah penting bagi membekalkan simpanan zat
makanan bagi keperluan pembentukan janin
pada awal kehamilan.
Pemeriksaan kesihatan seperti tahap glukosa
darah, tekanan darah dan status hemoglobin
(Hb) adalah perlu bagi mengurangkan risiko
kesihatan semasa hamil dan seterusnya
melahirkan bayi yang sihat.
Kuantiti, kepelbagaian dan kekerapan
pengambilan makanan
Pengambilan makanan yang tidak seimbang
boleh menyebabkan kanak-kanak tidak
mendapat nutrien secukupnya dan membataskan
bekalan tenaga untuk tumbesaran.
Kanak-kanak yang cerewet makan juga
membataskan pengambilan nutrien penting
kerana mereka hanya cenderung mengambil
jenis makanan tertentu sahaja.
Jangkitan penyakit yang berulang
dan penyakit kronik
Kesan akibat daripada kekurangan nutrien
akan melemahkan sistem imuniti kanak-kanak
dan boleh menyebabkan jangkitan berulang
Masalah kesihatan kronik lain yang menjejaskan
organ penting seperti jantung, paru-paru atau
hati secara langsung boleh mempengaruhi
keupayaan seorang kanak-kanak untuk makan
secara normal.
4