Page 9 - MODUL BLESS PENGENALAN
P. 9

Sanitasi dan kebersihan persekitaran




                                           Bayi  dan  kanak-kanak  lebih  berisiko
                                           terhadap jangkitan kuman dan penyakit
                                           kerana sistem pertahanan badan mereka
                                           yang masih lemah.

                                           Kebersihan  dalam  penyediaan  dan
                                           peny i m p a n a n   m a k a n a n   ser t a
                                           kebolehdapatan sumber air bersih untuk
                                           kegunaan  harian  perlu  dititik  beratkan.








                                                 Sosio-ekonomi  keluarga


                                           Faktor  kemiskinan  menjadi  salah  satu
                                           penyumbang kepada permasalahan bantut
                                           dalam  kalangan  kanak-kanak  dan  boleh
                                           kekal  dalam  sesebuah  keluarga  selama
                                           beberapa generasi.
                                           Namun,  kajian  menunjukkan  kebantutan
                                           kanak-kanak  bukan  hanya  terhad  dalam
                                           kalangan  keluarga  yang  berpendapatan
                                           rendah, malah mereka yang berpendapatan
                                           sederhana dan tinggi juga turut mengalami
                                           masalah ini.





               Mesej utama


               Penekanan  kepada  1000  hari  pertama  adalah  amat  penting  kerana
               pertumbuhan  kanak-kanak  bergantung  kepada  apa  yang  dialami

               semasa dalam kandungan sehingga berumur 2 tahun.




                 Soalan kuiz

               Punca utama kebantutan kanak-kanak adalah disebabkan kekurangan
               zat makanan yang kronik di awal usia. Benar atau tidak?




                  Rujukan


                1.  Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
               2.  https://mypositiveparenting.org/ms/2016/06/26/belajar-dan-

                   cegah-kanak-kanak-daripada-terbantut/



                                                                                                                     5
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14