Page 2 - eBOOK_Buku Ringkas Penerangan TH_fauzifikriversion
P. 2

BUKU RINGKAS PENERANGAN ISU TABUNG HAJI







           INTIPATI PENERANGAN
           MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (AGAMA)
           DI PARLIMEN PADA 10 APRIL 2019


           1.  Kemelut yang melanda Lembaga Tabung Haji (TH) bukan perkara baru, sebaliknya
                ia sudah lama berakar-umbi. Pada Disember 2015, mantan Gabenor Bank Negara
                Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz pernah menulis surat kepada  TH memberi
                amaran mengenai kekurangan aset berbanding jumlah wang pendeposit, di
                mana, jika tidak ditangani dengan baik ianya boleh menggugat kelangsungan
                jangka panjang TH.


           2.  Namun yang demikian, amaran ini tidak dipedulikan oleh pengurusan dan
                pentadbiran yang lama. Hibah yang tinggi terus diberikan untuk mengaburi mata
                pendeposit. Dalam masa yang sama, fakta sebenar tidak didedahkan kepada
                umum mengenai masalah  kewangan yang dihadapi akibat amalan pelaburan
                yang tidak berhemat serta meragukan. Hibah tetap diisytiharkan walaupun
                jumlah aset kekal rendah berbanding jumlah tanggungan semenjak tahun 2014.


      3.  Menjelang akhir tahun 2017, kekurangan aset telah menjangkau

           RM4.1 bilion berdasarkan laporan kewangan yang telah diaudit
           oleh Jabatan Audit Negara (JAN). Laporan kewangan 2017
            telah  diubah-ubah  bagi  meningkatkan jumlah pengagihan

            hibah dengan menyorokkan kerugian yang dialami menerusi

            manipulasi polisi perakaunan. Perkara ini telah dibangkitkan
            oleh JAN di bawah “Emphasis of Matter” pada ketika itu.





           4.  Setelah pihak pengurusan dan pentadbiran baru dilantik dari kalangan profesional
                pada  bulan Julai 2018, suatu penilaian kedudukan kewangan dan pelaburan
                secara  komprehensif  telah  dibuat.  Berdasarkan  penemuan  awal  penilaian
                tersebut, terdapat beberapa salah laku telah dikenalpasti. Ekoran daripada itu,
                laporan polis telah dibuat oleh pihak pengurusan untuk tindakan lanjut pihak
                berkuasa.


           5.  Langkah pemulihan yang komprehensif ini telah segera dilaksana bagi memulihkan
                “kerosakan-kerosakan” yang berlaku kepada TH dalam tempoh yang singkat,
                iaitu kurang dari enam (6) bulan.













                                                            1
   1   2   3   4   5   6   7