Page 3 - eBOOK_Buku Ringkas Penerangan TH_fauzifikriversion
P. 3

BUKU RINGKAS PENERANGAN ISU TABUNG HAJI







           6.  Kerajaan Pakatan Harapan menyokong penuh pelan penstrukturan dan pemulihan
                TH sebagaimana yang telah di rangka oleh pengurusan dan pentadbiran baru
                TH.

           7.  Demi memastikan institusi umat Islam ini terus terbela, Kerajaan Pakatan
                Harapan memberi komitmen melalui suntikan dana berjumlah RM17.8 bilion
                untuk membantu proses pemulihan TH. Aset-aset yang kurang berdaya saing
                dan mengalami kejatuhan nilai berjumlah RM9.7 bilion telah dipindahmilik ke
                sebuah Syarikat Bertujuan Khas (Special Purpose Vehicle, SPV) iaitu Urusharta
                Jamaah Sdn Bhd (UJSB) yang dimiliki oleh Kerajaan pada harga RM19.9 billion
                bagi menutup kekurangan aset yang telah menjangkau lebih RM10 bilion.



        8.  Menerusi pelan pemulihan ini juga,  TH telah berjaya mencatatkan

             jumlah aset RM76.5 bilion berbanding jumlah tanggungan
             RM75.5 bilion pada hujung 2018, sekaligus membolehkan TH

             mengagihkan hibah berjumlah RM913 juta.








           9.  Alhamdulillah, dengan tadbir urus yang baik dan telus,  TH terus bergerak
                ke hadapan dengan lebih maju dan efisien. Kedudukan kewangan  TH kini
                kembali pulih dan jurang defisit yang dialami sebelum ini telah berjaya ditutup.
                Sesungguhnya semua usaha ini adalah untuk menjaga kepentingan pendeposit
                TH dan kebajikan umat Islam di Malaysia secara keseluruhannya.


           10.  Insya Allah, dengan usaha penstrukturan dan pelan pemulihan
                yang diusahakan ini, adalah tidak mustahil kadar agihan
                hibah yang lebih tinggi dan subsidi kepada jamaah haji
                dapat  diteruskan  pada  masa  akan  datang.  Bersamalah
                kita doakan semoga TH terus maju, lebih baik dan kekal
                sebagai institusi pengurusan haji terbaik di dunia. Amin.




                            YB Datuk Seri Dr Mujahid Yusof


















                                                            1
   1   2   3   4   5   6   7   8