Page 58 - Faedah2 Agama 1
P. 58
Faedah-faedah Agama 1
(13)
Cinta Sesama Manusia
Setiap manusia (bahkan binatang juga) di cipta
oleh Allah SWT memiliki perasaan cinta/kasih, tak
terkecuali sesiapa pun. Ia suatu perasaan yang tersemat
di dalam hati dan dizahirkan melalui ucapan dan
perbuatan. Keadaan cinta itu berbeza-beza mengikut
jenis cinta yang sedang dilalui oleh seseorang.
Cinta tidak dapat dihapuskan dari hati walaupun
cuba dipisahkan oleh tembok besi sekalipun. Ia tertanam
subur di dalam hati seseorang, lebih-lebih lagi kalau ia
seorang yang beriman kerana iman yang berada di dalam
hatinya akan mencorakkan jenis cintanya. Perhatikan
jenis-jenisnya:
1) Cinta iman:
• Cinta kepada semua orang Islam tanpa batas
sempadan geografi dan hubungan darah. Cinta ini
terbina di atas “Dua Kalimah Syahadah”.
57