Page 61 - Faedah2 Agama 1
P. 61
Faedah-faedah Agama 1
mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-
ayatNya bertambahlah keimanan mereka dan kepada
Tuhanlah mereka bertawakkal.
Oleh kerana itu iman perlu di jaga dan di awasi
lebih dari kita menjaga harta dan ahli keluarga yang
disayangi, lebih-lebih lagi kerana tabiatnya yang boleh
terbatal. Lalu akibatnya amat buruk sekali……..kita
tidak lagi tergolong di dalam kalangan orang-orang
Islam.
Perhatikan urusan iman ini dengan sebenar-benar
perhatian wahai ummat akhir zaman, penjelasannya
adalah seperti berikut:
1) Bertambah:
• Iman bertambah dengan:
1. Ilmu:
-Ilmu mengenal Allah dan lain-lain
perkara aqidah dan ilmu mengenai syariat
Allah SWT seluruhnya.
2. Amalan soleh:
-Kerana itu Allah SWT sentiasa
mengaitkan sebutan orang-orang beriman
di dalam Al-Quran dengan “mengerjakan
amalan soleh”.
60