Page 64 - Faedah2 Agama 1
P. 64

Faedah-faedah Agama 1







                                        (15)

                        Pelaku Dosa Dan Taubat


                       Wahai ummat Muhammad SAW, ketahuilah
               bahawa dosa sentiasa hinggap ke atas diri kita yang tidak
               ma’sum  ini tanpa mengira  tempat dan  masa. Oleh itu
               taubat hendaklah sentiasa di lazimi agar beban dosa-dosa
               tersebut tidak berkekalan di  pikul oleh kita.  Ikutilah
               syarat-syarat taubat supaya taubat kita bermanafaat dan
               di terima oleh Allah SWT. Syarat-syaratnya ialah:

               1) Berhenti dari dosa-dosa yang telah dilakukan.
               2) Menyesal atas dosa-dosa tersebut.
               3) Berazam tidak akan mengulangi lagi dosa-dosa
                    tersebut.


                   •  Tiga syarat ini melibatkan dosa-dosa yang berkait
                       dengan hak Allah sahaja seperti meninggalkan
                       solat fardhu, tidak berpuasa Ramadhan dan lain-
                       lain.
                   •  Sekiranya dosa-dosa  yang dilakukan melibatkan
                       hak manusia, ditambah satu lagi syarat, yaitu:


                                          63
   59   60   61   62   63   64   65   66   67   68   69