Page 66 - Faedah2 Agama 1
P. 66
Faedah-faedah Agama 1
Ketahuilah………terdapat tiga perkara yang menghalang
hati seseorang dari sampai kepada Allah SWT:
1) Syirik/Menyegutukan Allah.
2) Melakukan bid’ah.
3) Mengerjakan maksiat.
Oleh itu, sesiapa yang telah bertaubat kepada
Allah SWT dengan sebenar-benar taubat hendaklah
melakukan tiga perkara ini supaya dirinya kekal
terpelihara dari maksiat:
1) Melazimi amal soleh secara bersunggug-sungguh dan
istiqamah diatasnya.
2) Meninggalkan kawan-kawan yang buruk Agama.
3) Menjauhi tempat-tempat yang menarik kepada
maksiat.
Pelaku dosa terbahagi dua, ketika seseorang
melakukan suatu dosa maka sudah pasti ia berada pada
salah satu dari dua keadaan ini. Cuba renungkan kembali
dosa-dosa yang pernah dilakukan di masa lalu (sebagai
menginsafi diri bahawa kita tidak ma’sum, bukan untuk
dibangga-banggakan) dan pasti kita dapat letakkan di
dalam keadaan mana kita berada. Dua keadaan tersebut
ialah:
1) Jahil atas dosa yang dilakukan.
65