Page 20 - MODUL PDF AKTIVITI FAMILI MENTEE KMKN 2021_Neat
P. 20

"Kenapa dulu aku buat macam tu? Kenapa aku tak buat macam ini?"

               Penyesalan ini membawa maksud kita dah belajar dari kesilapan. Kita sedar kita boleh
               buat lebih baik. Jadi, jangan sesekali rasa diri kita ini tak layak untuk bangun semula.

               Bangun  adalah  satu-satunya  jalan,  biarkan  kegagalan  menjadi  pengalaman  dan  yang
               paling penting adalah kembali ke jalan menuju kejayaan.

               Bentuk  semula  semangat  diri.  Bangkit  supaya  kita  dapat  merasa  kejayaan  selepas
               berkali-kali gagal.

               Tidak ada kejayaan yang lebih manis daripada kejayaan selepas kegagalan.



               TAJUK 11




























               KEJAYAAN AKU ADALAH HASIL TITIK PELUH AKU SENDIRI

               Jangan  terlalu  bergantung  pada  orang  lain.  Kejayaan  dalam  hidup,  pilihan  anda
               ditentukan oleh pemikiran, keputusan anda, dan yang jelas adalah hasil daripada sikap
               dan tingkah laku anda.

               Kebahagiaan anda bukan datang dari orang lain melainkan dari diri anda sendiri.



                                                                                                           20
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25