Page 12 - HIBURAN MELAMPAU
P. 12

PORT  DICKSON:  Tindakan  10  remaja                                                                                             10 REMAJA TERLIBAT



           yang                           tidak                           mengendahkan



           peraturan                                 sepanjang                                 Perintah                                                              AKTIVITI



           Kawalan  Pergerakan  (PKP)  dengan                                                                                               PARTI LIAR DITAHAN



           terlibat  dalam  aktiviti  parti  liar  dan



           penyalahgunaan  dadah  memakan



           diri  apabila  mereka  ditahan  dalam



           serbuan di sebuah aparment di Telok                                                                                     Selain  itu,  remaja  yang  berasal  dari



           Kemang, di sini semalam. Ketua Polis                                                                                    Selangor iaitu Kajang, Bangi dan Sepang



           Daerah,  Superitenden  Aidi  Sham                                                                                       itu  turut  dikompaun  setiap  seorang



           Mohamed  berkata,  bertindak  atas                                                                                      kerana                       tidak                   mematuhi                               prosedur



           maklumat,  polis  menyerbu  sebuah                                                                                      operasi  standard  PKP,”  katanya  dalam



           bilik  di  apartmen  tersebut  pada                                                                                     kenyataan  hari  ini.  Menurut  Aidi  Sham,



           pukul 9 pagi dan menahan 10 remaja                                                                                      kesemua remaja tersebut yang masih di



           yang  terdiri  daripada  enam  lelaki                                                                                   bawah  umur  dikompaun  kerana  tidak



           dan  empat  perempuan.  “Kesemua                                                                                        mengamalkan  norma  baharu  dengan



           remaja  berusia  antara  15  tahun                                                                                      berkumpul  dalam  ‘private  party‘  iaitu



           hingga  17  tahun  itu  ditahan  kerana                                                                                 parti  secara  tertutup  yang  mana  sukar



           disyaki  memiliki  cecair  dipercayai                                                                                   untuk                    mengawal                              perilaku                        mereka.



           dadah berbahaya.                                                                                                        "Mereka  juga  mungkin  menjadi  kontak




                                                                                                                                   rapat kerana berada dalam tempat sama



                                                                                                                                   untuk jangka masa panjang.



                                                                                                                                   “Dalam                        serbuan                         itu,               polis                 turut



                                                                                                                                   merampas  rokok  elektronik  dan  botol



                                                                                                                                   bewarna  hitam  masing-masing  disyaki



                                                                                                                                   mengandungi  cecair  dipercayai  dadah



                                                                                                                                   berbahaya  seberat  0.1  gram,”  katanya.



                                                                                                                                   Jelas  beliau,  hasil  pemeriksaan  air


                                                                                                                                   kencing  yang  dijalankan  mendapati




                                                                                                                                   kesemua  remaja  terbabit  negatif  dadah


                                                                                                                                   dan  mereka  tidak  mempunyai  rekod



                                                                                                                                   jenayah lampau. – UTUSAN ONLINE
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17