Page 13 - HIBURAN MELAMPAU
P. 13
34 DICEKUP PARTI LIAR
KUALA LUMPUR - Polis menggempur dua buah kediaman di ibu negara
yang dijadikan lokasi parti liar dan menahan seramai 34 individu.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail
berkata, serbuan pertama kira-kira jam 11.20 malam, Jumaat lalu di
sebuah residence di Jalan Ampang menahan 24 individu termasuk
lima wanita berusia lingkungan 14 hingga 40 tahun. Menurutnya,
semakan lanjut mendapati tiga yang ditahan adalah remaja di bawah
umur. "Dalam serbuan sama polis turut merampas 11 pil disyaki
ekstasi, satu paket plastik disyaki ganja, dua paket disyaki ketamin
yang dianggarkan bernilai RM420. Dipercayai dadah ini dibawa masuk
oleh pengunjung yang hadir di parti liar terbabit.