Page 5 - LAPORAN OPERASI DAN AKTIVITI PEJABAT AGAMA JAJAHAN TUMPAT 2024
P. 5

Kata Alu-Aluan
             Kata Alu-Aluan


                                 T I M  B A L A  N   P E N G  A  R A H    O P E R A  S I
                                 TIMBALAN PENGARAH OPERASI
                                                     JAHEAIK
                                                     J A H  E A  I K









           Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
           Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


           Alhamdulillah, segala puji dan syukur kita panjatkan ke hadrat Allah
           SWT, Tuhan sekalian alam, atas limpah kurnia dan rahmat-Nya yang
           tidak  terhingga.  Selawat  dan  salam  juga  dipanjatkan  ke  atas
           junjungan besar Nabi Muhammad SAW, penghulu segala nabi dan
           rasul,  serta  ahli  keluarga  baginda  dan  para  sahabat  yang  telah
           banyak berjasa dalam menegakkan syiar Islam.

           Pada  kesempatan  yang  penuh  bermakna  ini,  izinkan  saya
           merakamkan  setinggi-tinggi  tahniah  dan  syabas  kepada  Sidang
           Redaksi  Pejabat  Agama  Jajahan  Tumpat  2024  atas  kejayaan
           menerbitkan Laporan Operasi dan Aktiviti Dakwah 2024. Kejayaan
           ini  merupakan  bukti  nyata  hasil  kesungguhan,  dedikasi,  serta
           komitmen yang luar biasa daripada semua pihak yang terlibat.


           Saya  juga  ingin  menzahirkan  rasa  syukur  yang  mendalam  kepada
           Allah SWT serta ucapan penghargaan setulus hati kepada seluruh
                                                                                    PUAN NOORLAILAWATI
           jawatankuasa  penerbitan.  Penerbitan  laporan  ini  mencerminkan          PUAN NOORLAILAWATI
                                                                                          BINTI MAMAT
           keprihatinan  kita  dalam  merealisasikan  visi  dan  misi  JAHEAIK  ke        BINTI MAMAT
           arah memperkukuhkan peranan dakwah di Negeri Kelantan.

           Laporan  ini  bukan  sekadar  dokumen  biasa,  tetapi  merupakan  sebuah  platform  penting  untuk  para
           pendakwah  menyampaikan  maklumat,  berkongsi  pengalaman,  menganalisis  isu-isu  semasa,  dan
           menyuarakan  pandangan  serta  cabaran  yang  dihadapi.  Ia  juga  menjadi  cerminan  kepada  pencapaian
           program serta aktiviti dakwah sepanjang tahun 2024, dengan harapan kandungannya mampu memberikan
           manfaat yang besar kepada masyarakat.


           Akhir  kata,  saya  sekali  lagi  mengucapkan  setinggi-tinggi  tahniah  dan  jutaan  terima  kasih  kepada  Sidang
           Redaksi  Pejabat  Agama  Jajahan  Tumpat  2024,  serta  semua  pihak  yang  telah  menyumbang  kepada
           penerbitan laporan ini. Semoga segala usaha yang dicurahkan akan dikurniakan ganjaran terbaik oleh Allah
           SWT dan menjadi asbab kebaikan yang berkekalan.


           Sekian, Terima Kasih.

           Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.







                                                            4 4

                                                                                                          2024 PAJT
                                  Laporan Operasi Dan Aktiviti Pejabat Agama Jajahan Tumpat 2024
                                  Laporan Operasi Dan Aktiviti Pejabat Agama Jajahan Tumpat 2024
  A . S
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10