Page 6 - LAPORAN OPERASI DAN AKTIVITI PEJABAT AGAMA JAJAHAN TUMPAT 2024
P. 6

Kata Penghantar
             Kata Penghantar



                            P E G  A W   A  I   A G A M  A    J A J A H A  N   T U M  P  A T
                            PEGAWAI AGAMA JAJAHAN TUMPAT





         Segala puji hanya bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam, atas limpah
         rahmat dan kasih sayang-Nya. Dengan rasa syukur yang mendalam,
         saya  ingin  memulakan  kata  aluan  ini  untuk  menandakan  satu  lagi
         pencapaian  bermakna  iaitu  penerbitan  Laporan  Operasi  dan
         Aktiviti Pejabat Agama Jajahan Tumpat bagi Tahun 2024. Kejayaan
         ini tidak mungkin hasil kerajaan negeri melalui yuran perkhidmatan
         dan pendaftaran kursus sebanyak RM296,734.00.

         Tahun  2024  menyaksikan  Pejabat  Agama  Jajahan  Tumpat
         melaksanakan lebih daripada ( ) program yang disusun dengan rapi
         dan  dilaksanakan  dengan  cemerlang.  Program-program  ini
         melibatkan  pelbagai  pendekatan  seperti  bengkel,  forum,  seminar,
         ceramah  umum,  dialog,  kem  remaja,  dan  lain-lain,  memenuhi
         pelbagai  keperluan  dakwah  dan  masyarakat.  Sebahagian  besar
         program adalah sebahagian daripada inisiatif yang dirancang oleh
         JAHEAIK  atau  MAIK,  manakala  selebihnya  dianjurkan  berdasarkan
         keperluan  semasa  dengan  kerjasama  strategik  agensi  lain  seperti
         pihak masjid, MKN, dan pelbagai pihak berkepentingan.
         Di sebalik kesibukan melaksanakan program-program ini, tugas dan
         tanggungjawab  utama  Pejabat  Agama  tetap  menjadi  keutamaan.
         Sepanjang tahun ini, sebanyak 1990 kebenaran perkahwinan telah
         dikeluarkan,  diikuti  dengan  pengeluaran  sijil  nikah  sebanyak  1507
         pasang,  sijil  cerai  sebanyak  312  pasang,  dan  rujuk  sebanyak  21
                                                                                       NIK AHMAD ZUHDI
         pasang. Selain itu, kursus pra-perkahwinan yang dianjurkan berjaya            NIK AHMAD ZUHDI
                                                                                        BIN NIK YAACOB
                                                                                        BIN NIK YAACOB
         menarik  seramai  890  peserta  remaja,  yang  turut  menyumbang
         kepada  hasil  kerajaan  negeri  melalui  yuran  perkhidmatan  dan
         pendaftaran kursus sebanyak RM58,360.00.

         Dalam  aspek  penguatkuasaan  undang-undang  Syariah,  sebanyak  140  kes  telah  diangkat  ke  bahagian
         pendakwaan. Ini meliputi 12 kes khalwat, 14 kes tidak sopan, serta 114 kes lain. Hasil daripada tindakan ini,
         sebanyak RM165,450.00 berjaya diperoleh melalui denda yang dikenakan, memberikan sumbangan positif
         kepada hasil negeri serta menyokong pelaksanaan perundangan Syariah yang lebih tegas dan berkesan.

         Kesemua  kejayaan  ini  tidak  mungkin  terlaksana  tanpa  sokongan  dan  usaha  gigih  semua  pihak.  Saya  ingin
         merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ustaz Ameer Al Sadat, Pegawai Dakwah, Bahagian Dakwah;
         Ustaz  Hunie  Adabi,  Bahagian  Penguatkuasaan  Agama;  Puan  Zuraida,  Bahagian  Kewangan;  serta  seluruh
         warga  kerja  Pejabat  Agama  Jajahan  Tumpat  atas  dedikasi  dan  kesungguhan  mereka  sepanjang  tahun  ini.
         Tidak  dilupakan,  ucapan  terima  kasih  yang  tulus  kepada  semua  pihak  yang  terlibat  secara  langsung  atau
         tidak langsung, termasuk rakan strategik dan kolaborator yang telah menjayakan program dan aktiviti ini.

         Sebagai penutup, saya mendoakan agar usaha ini menjadi amal yang diberkati Allah SWT, dan semoga kita
         terus  melangkah  dengan  lebih  yakin  dan  bersemangat  ke  arah  masa  depan  yang  lebih  gemilang.  Mudah-
         mudahan segala kelemahan dapat diperbaiki, dan kekuatan terus diperkukuhkan.


         Siru ‘ala barakatillah.


                                                            5 5

                                                                                                          2024 PAJT
                                  Laporan Operasi Dan Aktiviti Pejabat Agama Jajahan Tumpat 2024
                                  Laporan Operasi Dan Aktiviti Pejabat Agama Jajahan Tumpat 2024
  A . S
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11