Page 4 - LAPORAN OPERASI DAN AKTIVIT PEJABAT AGAMA JAJAHAN TUMPAT 2024
P. 4
Amanat
Amanat
H
K
J
H
R
A
A
I
E
P
G
N
A
A
PENGARAH JAHEAIK
E
Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan Sekalian Alam, atas limpah
rahmat dan kasih sayang-Nya yang tidak bertepi. Selawat dan salam
ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda,
para sahabat, serta sekalian umat yang sentiasa mengikuti jalan
kebenaran hingga ke hari akhirat.
Alhamdulillah, dengan izin dan kehendak-Nya, Pejabat Agama
Jajahan Tumpat berjaya melangkah ke tahun 2025 dengan
semangat dan iltizam yang kukuh. Laporan operasi dan aktiviti ini
adalah cerminan kepada usaha gigih seluruh warga kerja Pejabat
Agama Jajahan Tumpat yang berdedikasi dalam melaksanakan
amanah yang telah diberikan.
Sebagai sebuah institusi yang bertanggungjawab terhadap hal
ehwal Agama Islam di Jajahan Tumpat, Pejabat Agama Jajahan
Tumpat bertanggungjawab bukan sahaja melibatkan pengurusan
perkhidmatan seperti nikah, cerai, dan rujuk, tetapi juga
merangkumi pendidikan agama, dakwah, dan pemerkasaan komuniti
melalui pelbagai program yang berimpak tinggi. Segala usaha ini
DR. HASNAN
dilaksanakan berlandaskan prinsip "Penghayatan Membangun DR. HASNAN
BIN HAJI RAMLI
Bersama Islam," yang menjadi teras kepada dasar Pembangunan BIN HAJI RAMLI
Kerajaan Negeri Kelantan.
Akhir kata, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah
memberikan kerjasama dan sokongan kepada Pejabat Agama Jajahan Tumpat sepanjang tahun 2024.
Kejayaan yang kita kecapi adalah hasil usaha bersama, dan ia membuktikan bahawa semangat kerjasama
serta perpaduan adalah kunci kepada kejayaan yang berterusan.
Semoga tahun berikutnya menjadi medan untuk kita terus memperkukuh tekad demi menjunjung tinggi
syariat Islam dan kesejahteraan masyarakat.
Sekian, Terima Kasih.
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
3 3
2024 PAJT
Laporan Operasi Dan Aktiviti Pejabat Agama Jajahan Tumpat 2024
Laporan Operasi Dan Aktiviti Pejabat Agama Jajahan Tumpat 2024
A . S